Tuesday, March 1, 2011

ada sesiapa yg berminat utk menyambung pelajaran full time master??

salam semua!
ini ada info menarik kepada sesiapa yg ingin menyambung pelajaran full time master...
sje je maya kongsi..sebab.........."sharing is caring" tp pd benda-benda tertentu je..bf xleh share-share tau!!

MyBrain15

Program MyBrain15 adalah salah satu program agenda kritikal di bawah Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN). Matlamat program adalah untuk mewujudkan kelompok sumber manusia yang berpengetahuan tinggi sebagai pemangkin kepada penyelidikan dan inovasi. Ini adalah penting bagi memastikan usaha Kerajaan untuk menjadikan pembangunan ekonomi berteraskan inovasi dapat dicapai dengan jayanya. Di bawah program ini, Kerajaan mensasarkan untuk mencapai sebanyak 60,000 pemegang PhD di kalangan rakyat Malaysia. Program yang ditawarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi adalah seperti berikut:

MyMaster

MyMaster merupakan feeder kepada program pembiayaan pengajian di peringkat PhD iaitu MyPhD. Objektif program ini adalah untuk merangsang dan menggalakkan graduan yang berkaliber meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi dalam bidang-bidang yang penting selaras dengan agenda pembangunan negara.

Permohonan

Permohonan ditawarkan kepada graduan dan orang awam serta kakitangan swasta untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana secara sepenuh masa di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan yang terpilih dalam bidang Sains dan Teknologi serta Sains Sosial / Sastera Ikhtisas. Bagi bidang Sains Sosial / Sastera Ikhtisas, keutamaan akan diberikan kepada bidang penyelidikan yang menjurus kepada inovasi, pembangunan ekonomi dan peningkatan kualiti hidup masyarakat serta berpandukan bidang-bidang yang berkaitan dengan National Key Economic Areas (NKEA).

Skop Pembiayaan

(a) Syarat-syarat Umum
    (i) Pemohon adalah warganegara Malaysia;
    (ii) Berumur tidak melebihi 35 tahun semasa memohon;
    (iii) Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan CGPA minima 2.75;
    (iv) Telah mendapat tawaran kemasukan (tidak bersyarat) atau telah memulakan pengajian di IPT;
    (v) Pengajian secara sepenuh masa;
    (vi) Tidak menerima sebarang bentuk penajaan dari lain-lain penaja; dan
    (vii) Tidak pernah mendapat tajaan dari Kerajaan / Kerajaan Negeri / Agensi Kerajaan / Badan Berkanun untuk pengajian di peringkat yang sama.
(b) Elemen Pembiayaan

Pembiayaan*
Tempoh Biaya(Maksimum)
1. Yuran Pengajian (tidak termasuk wang hemat diri dan yuran penginapan) tidak melebihi RM10,000;
2. Pembiayaan yuran pengajian akan dibayar terus kepada pihak IPT berkenaan
24 Bulan
3. Bantuan Penyediaan Tesis tertakluk siling yuran masih berbaki :
Mod Penyelidikan : RM3,000
Mod Campuran (Kerja Kursus dan Tesis) : RM1,500
Sekali sepanjang pengajian
*Tertakluk kepada kelulusan Kementerian Kewangan

(c) Ikatan Perjanjian

i. Semua penerima biaya perlu menandatangani ikatan perjanjian bersama seorang penjamin dengan Kerajaan sebagai tanda setuju untuk mengikuti pengajian sepanjang tempoh tajaan.
ii. Tuntutan gantirugi boleh dikenakan sekiranya:-
    a. Pelajar menarik diri atau menangguh pengajian tanpa kebenaran; b. Diberhentikan oleh IPT kerana masalah disiplin, kelemahan akademik atau sebab-sebab lain yang telah ditetapkan di bawah peraturan IPT berkenaan; dan c. Pelajar gagal dalam pengajian;
(d) Tempat Pengajian
(e) Bidang Tajaan
    (i) Sains dan Teknologi (semua bidang pengajian) (ii) Sains Sosial / Sastera Iktisas :- * Bidang-bidang keutamaan :

MANAGEMENT & BUSINESS
  • Strategic Management
  • Tourism Management
  • Health Tourism
  • Eco-tourism
  • International Business/Marketing
  • Operation Management/ Int. Operation  Management
  • Supply Chain Management
  • Logistic & Transportation Management
  • Hospitality Management
  • International Trading
  • Management of Small and Medium Industry
  • Entrepreneurship/Int. Entrepreneurship
  • Insurance
  • Sports management
ECONOMIC & ACCOUNTING
  • Economic
  • Planning & Development Economics
  • Islamic Economics
  • International Economics
  • Accounting/ Auditing
  • International Accounting
  • Actuarial Science
FINANCE & BANKING
  • International Finance
  • Islamic Finance
  • Islamic Banking
  • Islamic Wealth Management
HUMANITY
  • Law
  • Psychology
  • Sociology

Pemohonan & Penawaran

i. Permohonan akan dibuka secara online sepanjang tahun mulai 01 Disember 2010.
ii. Tawaran juga secara online akan dibuat dalam empat (4) fasa iaitu Januari, April, Julai dan Oktober pada setiap tahun.
iii. Sebelum memohon, calon hendaklah terlebih dahulu memperolehi surat tawaran pengajian.

Tatacara Permohonan

1. Permohonan perlu dibuat secara atas talian (online) sepenuhnya dengan klik menu LOG MASUK di atas, dan mendaftar sebagai pengguna sistem.
2. Borang permohonan boleh diisi dan dikemaskini butirannya dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan diakui Sah & Hantar.
3. Permohonan akan diproses dalam empat (4) fasa iaitu Januari, April, Julai dan Oktober pada setiap tahun.
4. Semua dokumen sokongan asal hendaklah diimbas (scan) dan disimpan dalam format imej (JPEG) atau PDF dan perlu dimuatnaik (upload) melalui permohonan atas talian ini. Dokumen yang di (capture) menggunakan kamera adalah tidak dibenarkan dan hendaklah diakui sah oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 ke atas) / Penggawa / Ketua Kampung / Ketua Masyarakat. Dokumen sokongan tersebut adalah:

BIL
DOKUMEN
FORMAT
SAIZ MAKSIMA
1
Gambar pemohon berukuran passport
JPEG
250kb
2
Salinan kad pengenalan pemohon (depan dan belakang)
PDF
280kb
3
Salinan transkrip akademik tertinggi (semester akhir)
PDF
280kb
4
Salinan surat tawaran kemasukan ke Institusi/Universiti
PDF
200kb
5. Pemohon yang mengikuti pengajian secara Penyelidikan atau Kerja Kursus & Penyelidikan dikehendaki untuk turut muatnaik dokumen berikut:
BIL
DOKUMEN
FORMAT
SAIZ MAKSIMA
1
Rancangan penyelidikan (proposal) yang disahkan oleh penyelia (muatturun format di Lampiran A)
PDF
300kb
2
Kajian cadangan penyelidikan (lengkapkan maklumat di Lampiran B)
PDF
400kb


selain mymaster terdapat juga  myphd..jd jika berminat dan korang inginkan maklumat lebih lanjut sila klik  SINI

lots of love
maya dhira

 

No comments: