Thursday, December 29, 2011

Boleh dowload Ombak Rinduu~

salam semuaa...
pada sesiapa yg mmg menunggu.......
cite ni di dwload soo skung ini lah masanyee...
klik SINI utk keterangan lanjut...

selamat mendwload dan menonton....hehhe

p/s: pn. rohana xsabar nk tgk..jd nk suh aki dwload cpt2 la hr nie =)

lots of love
maya dhira



Wednesday, December 28, 2011

Gemersik Kalbu (menggantikan Tentang Dhia)

Salam semuaa..wauuu hari ni byk pulak entry maya update erk?? hehhehhe...okey sape yg mengikuti slot akasia tv3 ni pastii xsabar nk tunggu cite tentang dhia ni abis kn?? mmg cite nie geram bila kite tgk dgn perangai mak mentua die tu........eiiiiii mmg @#$%$## kn??

okey sudah la cite tentang dhia tu..okey cite gemersik kalbu ni sebenarnya berasal dari novel nurkilan anis ayuni..anis ayuni nie sebenarnye mmg penulis feberet maya...dulu selalu follow novel2 die tp bila dah bz ni xsempat dah nk follow...


SINOPSIS NOVEL

Raihana... pertama kali kutatap wajahmu, ada getar yang menusuk di kalbu. Saat itu, hanya suaramu yang bisa melunakkan mimpiku. Meskipun tawamu nampak bahagia, mengapa bening mata itu bersalut duka? Andainya kau pernah terluka, izinkan aku mengubatinya. Namun, jawapanmu sering menyongsang makna. Tinggal harapanku tergapai-gapai, kau biarkan begitu sahaja .

Puas kukikis namamu. Lelah jasadku dek tipu helahmu. Berkali-kali kuulang; aku lelaki yang tak tahu malu. Sayangnya... bayangmu jua yang hadir mengocak tenangku. Belajarlah menerima hakikat, aku adalah kenyataan dan dia adalah kenangan! Sekali lagi kutunggu lafaz cintamu kerana aku bukan lelaki yang tewas!

Sufian... cinta bukan paksaan. Cinta juga bukan simpati. Ikrar kasih kami dulu ibarat tugu di hati ini. Janji setia itu tak mungkin diingkari hanya kerana kamu. Mengertilah... semuanya bukan kemahuan fikiran. Impian dan ingatan terhadapnya sukar diusir pergi. Biarpun bayang duka merantai hidup ini, tapi aku tetap rela.

Bukankah sudah berkali-kali kubilang; belajarlah jadi lelaki yang waras. Sekelumitpun tiada namamu di ruang hati ini. Tapi godaanmu mengekoriku walau di mana. Kau terus memburu, sedangkan dalam mimpi pun aku tak inginkan wajahmu. Biar didera ataupun dipaksa, namun hatiku tidak serapuh salju!

Akhirnya, Raihana begini dan Sufian begitu.
Di manakah titik pertemuan mereka?


komen novel:

cerita ni walaupun tebal tp menarik..maya mcm berada didlm novel tu sendiri apabila tunang dia meninggal dan betapa seksanye dia semasa kehilangan tunangan die.....selain tu kita dapat menyelami kisah-kisah cikgu..takdir ALLAH tiada siapa dapat menghalang, kita hanya perlu menerima, bertahan dgn dugaan yg ada kerana pasti akhirnya kita dapat kemanisannye (perghhh ayat aku hahaha)


mengapa berpaut pada kenangan sedangkan impian boleh digapai ♥

cite ni akan bermula pada 2 Januari 2012 di slot akasia tv3..jom layan sinopsis drama ni pulak..


SINOPSIS DRAMA

Kisah Cikgu Raihana yang bercinta dan bertunang dengan Wan Ariffin. Wan mati lemas kerana menyelamatkan seorang budak. Cikgu Raihana pulak kehilangan seseorang yang sangat rapat dengannya, dia bergantung kasih dengan Wan Ariffin selama ini, dan keluarga Wan sangat baik dan menganggap Raihana macam anak kandung mereka.

Raihana tidak rapat sangat dengan ibu kandungnya sendiri, malah hubungan dia dan ibunya sangat kekok.

Raihana melanjutkan pelajaran secara sambilan dengan rakan baiknya Kak Shikin, mereka menumpang tinggal di rumah Aunty Zarina, di situlah dia kenal pula dengan Sufian.

Awal perkenalan, Raihana tidak berapa suka dengan penampilan dan tingkah laku Sufian. Tetapi Sufian sudah jatuh hati pada Raihana. Raihana masih lagi tak dapat melupakan cinta pertamanya iaitu Wan Arifin. Raihana yang tak suka kepada Sufian bertekad nak pindah rumah kerana benci kepada Sufian. Sufian mula memasang perangkap supaya Raihana dapat dikahwininya.Akhirnya Raihana dan Sufian berkahwinlah juga..sepanjang menjadi isteri kepada Sufian, dia melihat kebaikan dan keikhlasan Sufian sebagai suaminya. Mungkin timbul rasa kasih sayang kepada Sufian dan Raihana terpaksa jugak menjaga Sufian di hospital ketika Sufian sakit.

Setelah Sufian sihat, Raihana kena pula jaga ibu kandungnya yang jatuh sakit pulak walaupun ibunya melayan dia dengan kasar. Raihana cuba merapatkan hubungan renggang selama ini dengan ibunya.

Sufian sedar Raihana masih lagi teringatkan cinta pertamanya, mampukah Sufian mengalihkan kembali cinta Raihana kepadanya, Sufian cuba menduga cinta dan kasih sayang Raihana.

Antara Pelakon Utama Drama ni:
Aqasha (Suffian)
Ayu Raudhah (Raihana)
Neelofa
Farahdhiya
owh ye lagu tok drama ni maya pun xtau lg...bila dah ade maya letak skali....berharap cite ni sebest novel tu erk....(pn. rohana xsabar nk tgk hehhee)
lagu ni mybe jd lagu tema cite tu....tp xsure betul ke x....
lots of love
maya dhira

Saya nak kahwin tapi bagaimana??

Salam semuaaa!! okeyhhh dah-dah jgn berfikiran maya yg nk kawen dalam mase terdekat ni yer....ni adelah satu ringkasan persediaan bagi sesiapa sahaja yang ingin melangkah ke alam maya...opss silapp alam perkahwinan......

pic ni simple tapi mudah difahami..jadi sila-sila lihat dan gunakan...insyaallah menjadi..kekkekekek...(sudi2 la jemput maya yer tok majlis tu...)


klik utk besarkan...

Stage 1: Perkenalan (In a Relationship)

Merisik – wakil dari pihak lelaki (sama ada ibubapa ataupun pakcik) pergi ke rumah ibubapa perempuan untuk bertanya sama ada dia dah berpunya atau belum. Barang yang disediakan ialah cincin belah rotan dan hadiah.

Stage 2: Peminangan (Engagement)

Meminang - rombongan dari pihak lelaki akan pergi ke rumah pihak perempuan untuk meminang iaitu untuk mengikat tali pertunangan. Mereka akan membawa tepak sireh dan secara tradisi ada acara membalas pantun. Sekiranya pihak perempuan bersetuju, maka mereka akan mengambil tepak sireh dan memberi sireh junjung.
Acara berbalas dulang hantaran juga diadakan pada majlis pertunangan ini. Selepas itu ada sedikit jamuan untuk rombongan dan keluarga pihak lelaki.
Daftar Pernikahan (Registration)
Proses pendaftaran mungkin sedikit berbeza mengikut negeri. Antara dokumen yang perlu disediakan termasuklah sijil kursus pra-perkahwinan yang sah, ujian saringan HIV di klinik kerajaan, dan salinan kad pengenalan dua orang saksi.
Persediaan (Preparation)
Persediaan ini disusun mengikut keutamaan dan kepentingan (urgent and important). Kalau buat di dewan, kena tempah awal seelok-eloknya 12 bulan sebelum tarikh nikah.
Antara persediaan lain termasuklah menempah untuk katering, baju pengantin, berkat/cenderahati atau door gift, kad jemputan, jurugambar, pelamin, bilik pengantin, sistem PA, DJ, emcee, silat, kompang serta karaoke atau live band.

Stage 3: Pernikahan (Marriage)

Akad Nikah (Solemnization) – biasanya diadakan di rumah atau masjid. Pihak lelaki perlu menyediakan mas kahwin atau mahar serta cincin kahwin. Selain itu perlu menyediakan wang untuk membayar khidmat pendaftar nikah dan saksi. Selepas itu biasanya ada jamuan ringkas.
Berinai – antara adat orang Melayu dimana pengantin akan bersanding secara bersendirian untuk mengelakkan rasa gemuruh ketika bersanding berdua nanti.
Kenduri Kahwin – ataupun dikenali sebagai Walimatul Urus (dalam bahasa Arab yang bermaksud jamuan makan para pengantin). Antara adat yang terlibat ialah persandingan, menepung tawar dan makan beradap. Selain itu pengantin hendaklah memastikan perkara-perkara yang dirancang berjalan lancar.
Sambut Menantu – iaitu kenduri perkahwinan sebelah pihak lelaki. Hampir sama dengan sebelah perempuan cuma berlainan tempat.
Ziarah (Visit) - menziarahi keluarga terutama datuk, nenek, pakcik, makcik kedua-dua pihak untuk memperkenalkan pasangan.
Berbulan Madu (Honeymoon) – bercuti dan melancong berdua-duaan.

sumber ni maya copy & paste dari SINI (mmg kreatif la mamat nie)


p/s: cmne dah dpt gambaran?? gud luck yer ;)


lots of love
maya dhira

Waktu Lunch Perempuan Vs Lelaki

Salam semuaa...!! okeyy post ni sesuai utk kte ceritakan...almaklumlah baru lepas lunchkan jadi benda ni sebenarnye biasa terjadi pada si uda & si dara semasa memilih makanan...99% maya rase betul la ahhahahhaha



Lelaki

1. Waktu lunch, jalan ke tempat makan
2. Sampai kedai makan, masuk
3. Ambik Pinggan
4. Letak nasi
5. Letak Lauk
6. Ke kaunter, Bayar nasi dan Air Sekali
7. Makan
8. Habis
9. Balik Opis or
10. Pegi surau

Perempuan

1. Waktu lunch, jalan ke tempat makan
2. Perhatikan orang waktu jalan
3. Sempat mengumpat dulu
4. Sambil jalan betulkan tudung, tgk baju sendiri, tgk kaki
5. Tengok baju orang lain, especially yang cantik dr baju sendiri.
6. Sampai kedai makan, jenguk-jenguk dulu
7. Ramai orang, cari kedai lain.
8. Jalan lagi
9. Dah puas ati.masuk..
10. Survey lauk dulu 2, 3 minit.
11. Carik2 pinggan, ambik pinggan
12. Belek-belek pinggan, bersih ke?? tak bersih?..eeeeiiii. .
13. Dah puas ati, ambik nasi
14. Ambik nasi ceduk sikit-sikit
15. Tak sah kalau tak ceduk 2/3 kali
16. Buang balik nasi.banyak. .
17. Tak puas ati, banyak lagi..buang lagi..(tinggal sejemput)
18. Godek2 sikit nasi dalam pinggan 2minit
19. Carik lauk. Survey dulu keliling meja. Tenguk sana, tenguk sini
20. Jengok dlm bekas lauk, ambik kuah sikit
21. Jengok bekas lauk lain, ceduk kuah sikit lagi
22. Jengok lagi? sambil tu tengok2 orang, jeling-jeling
23. Ambil lauk
24. Pusing lagi
25. Carik sayur pulak!
26. Ambik sayur selepas survey dan keliling 2 minit
27. Ke kaunter bayaran
28. Tgk2 nasi dlm pinggan
29. Berbisik ngan kawan "alaamak byk la aku amik"
30. Sampai depan kaunter "berapa?"
31. Bukak dompet..belek2 celah kad2 bank, celah gambar2..
32. Keluarkan duit
33. Buat isyarat mata ngan member (sbb nasi mahal)
34. Tutup dompet. Ambik nasi
35. Tinjau-tinjau tempat duduk.
36. Jumpa tempat duduk..alamak kotorlah!!!
37. Cari tempat duduk lain
38. Jumpa.Duduk. .
39. Air tak order lagi
40. Tinjau2, carik org order air..sambil tangan betulkan tudung
41. Order air
42. Bangun
43. Amik sudu n garpu
44. Duduk
45. Minum air
46. Start makan
47. Tengok-tengok orang sambil makan
48. Makan separuh..kenyang
49. Sebab dah minum air
50. Letak sudu, letak garpu
51. Pinggan tolak tepi
52. Kata makanan tak sedap
53. Borak2..tgk orang
54. Pukul 2, naik opis..
55. Ambik beg makeup, pegi surau!!

p/s: xsemua betul...tp 2 or 3 x mengena tu tipuuuuuuuuuu la...hahhahaha



lots of love
maya dhira



sy mmg xpaham

salam....
napela maya x update blog?
baru je nk menaip ade je keja nk buat....

sooo sory sgt erk..ni pun baru taip sepatah
ade keje..hhuhuhu.................

owh ye psl sy xpaham tu ialah.....
sy xpaham ape yg perlu sy buat
soo nk pi pahamkn jap..sekian...

lots of love
maya dhira



Thursday, December 22, 2011

Ombak Rindu VS Hachiko Anjing Yg Setia

salam semuaa...
semalam HBO ade tayangkan blk cite tntang hachiko....
perghhhh meleleh air mate maya ni ntah bp kali semasa ditayangkan...
sambil memeluk baby....
(baby buat muke xpaham sambil ingin melepaskan diri dlm pelukan maya)

cite tu mmg sedih....dah la true story....mmg sedihhhhh waaaaaaaaaaaaaaaaaaa...
pd korang yg berkesempatan tgk...tgkla..tp sediakan tisu ye...
agak heran dihati maya ni sebb maya dikatekan keras la gak..
OMBAK RINDU aku xmenangis cmne cite psl anjing tu aku leh menangis??

mase mule2 maya bc artikel tentang hachiko pun maya dah berair mate sikit
apetah lagi bila die wt movie...huhu...maya jd risau kalau baby jd cmtue...
kenapa?? bila maya panggil baby akan segera dtg kt maya...
kalau org lain panggil die wt dek jer...pagi2 maya nk g kerja die pasti muncul dkt maya
ikut smpai pintu keta..balik keje bila panggil sure dtg..kalau xpanggil pun baru je duduk
sure die akan dtg tanpa disuruh....

inilah baby...
 sememangnye betul org kate..
kita boleh jatuh sakit kerana seekor haiwan xpun
haiwan tu boleh jatuh sakit kerana kita....huhu

SILA KLIK SINI NK TAU MENGENAI HACHIKO


SILA KLIK SINI NK TAU MENGENAI OMBAK RINDU


lots of love
maya dhira



Wednesday, December 21, 2011

bestnye kalau...............

salam semuaa....
ade sorang akak ni senior pa dok kt overseaa skung..
kne posting....bile maya tgk pic2 die kt luar negara timbul keinginan
tok posting ke sane gak...tp maya ni rase rendah diri sgt 
sebb maya sedar sape diri maya ni..sobb sobb yg xbp pandai....
dan xde konfiden diri sgt tok mencuba apply wisma ke ape kaitan 
yg boleh tinggal ke luar negara...

kepada sesiapa yg berpeluang rebutlah peluang tu sebaik mungkin ye...

jom layan pic2 yg cantek di negara org...





byk lg pic..maleh nk masukkn..kalo korang teringin tgk..cek je kt mr. google okeh...
tapi pemenang tok semua pic ni ialahhh.........

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri


p/s: bile la leh smpai...mari kumpul duit dr skung....insyaallah boleh smpai...hehhe

lots of love
maya dhira

Tuesday, December 20, 2011

koleksi kasut saye!!


salam semuaa!!
gedikz x post tu??? hahahahah sje je...
okey hari ni maya nk share ngan korang semuaa...
koleksi high heels & wedges (bkn cheesyyy wedges tu okeyhh)
yg flat maya lupe la nk letak skali...

ni koleksi maya 6bulan yg lepas..
ade dlm 3 pasang dkt opis..lupe nk bwk balik..sje je wt standby kt sane
4pasang telah dibuang sebelum ambk gambar ni..sebb rase mcm xleh pakai dah..


sggtt suke yg biru ni...kaler die mmg menarik

kasut tertutup xbp nk ngam ngan kaki maya sebb sakit..yg ni je yg boleh tahan....

first high heel yg maya yg xikat belakang maya rajin pakai semenjak drive..
(dah malas nk ikat belakang sebb lambaat...)





wedges en.fb beli...soo ape pendapat korang taste die?? kekekke ni die beli kt sarawak..
kt sane die kate xbyk pilihan...

febret!
kasut yg plg tinggi maya pernah ade....5inci kot??
maya pakai waktu dinner siti murni (klik SINI nk tgk dinner tu)
susah nk cari yg berkenan lagi2 kasut hitam dan tinggi yg tapak die kukuh..
nasib baik jmpe dkt charles & keith...

 maya ni jenis yg suke tali ikat belakang sebb kalo tinggi cmne pun
kalau nk berlari pastiii konfiden punya la...kukuh...hheheheeh...
soo misi maya skung nk cari high heel merah dan kaler2 terang yg lain...
cunnnnnnnn...........(menghabiskan duit bonus kkekekeke)

lots of love
maya dhira



Monday, December 19, 2011

LABYRINTH CAFE' PUTRAJAYA

salam semuaa...
pasti korang pernah dgr nama kedai ni kalau korang rajin usha
jalan2 cari makan maya kn??

okey tempat ni berdekatan dgn Presint 5 , kalao xdpt bayangkan gak
tau x PICC? haaa area tu...lepas jambatan die sebelah kiri...view mmg cantek!!

maya pergi ngan fara ex ofismate maya...dah lame x jumpe sje je lepak2
kebetulan kedai ni dkt ngan ofis maya...


mee goreng basah...byk gak..rasa boleh tahan...xteruk sgt xsedap sgt..hehheheh

mase kami dtg waktu lunch tu dah agak lewat...pilihan makanan sememangnye xbyk
dan dah abis jadi die org bukak tok masakan panas yg sepatutnye dibuka hanya waktu ptg..

sory pic tmpat ambk makan tu xde sebb kt hp lg..maleh nk transfer...
kalau kte oder makan kt situ...air yg disediakan di area kaunter free ...(boleh refil air)
tp kalau korang oder air...itu die org caj lain..so kalo mkn masakan panas ke..nasi lauk ke..
air yg dikaunter xakan dikira la....tp xbyk pilihan ade 2 je kot...
(kalau ade pic tu nnti maya letak)


nasi goreng sotong rasenye...agak sedap tp sesetengh part masin...mungkin xrata kot..






view mmg cantek..boleh nampak ofis maya dr sini..



kalau nk tgk entry yg psl kafe ni mengenai steamboat klik SINI


p/s: entry malas maya ni..sebb maya x detail kn benda2 lain seperti alamat dan harga...kekke...(harga normal kl erk..)


lots of love
maya dhira

kain dari bandung...

salam semuaa...
ade beberapa pasang kain dari bandung yg maya akan jual..
dah ade kt tangan maya stok tu..tp tunggu tangkap pic dan upload..

lots of love
maya dhira


kad dari en.fb

salam semuaa!!
seperti yg korang tau maya dah lame x update blog
mmg byk entry yg pending...maleh nk resize pic sebenarnye..hehhe

kad ni en. fb bg kt maya sempena bday maya bulan lepas..
owhhh sweetnye sygg walaupun maya tau die agak gile2+sengal orgnye...
tq syg kerana belajar utk menjadi jiwang2 kkekekek...

yups en. fb die agak rockss sikit..suke dgr lagu rock2 yg bg maya beratt sgt pale ni...
maya laks suke romentik2..yg tenang je..bila maya masuk keta die
sure maya akan tutup radio die sebb sakit pale maya dgr lagu2 tu...

tapi bila die masuk keta maya..maya dgr lagu2 maya..hahhahahhahah
die mmg mati kutu...nampak sgttt muke xleh blah (xdpt terima lagu jiwang2)
kekkekeke....tp dah syg kn?? tadah jerla heheheh

suke sgtt alamat yg die bg ni...bg maya sgttttttttt kreatif...
 My Sayang
143, Jalan Kau & Aku Suka Sama Suka,
300813, Kawinlah Kita,
Masuk Ke Syurga

(sila ungkaikan sendiri ye....maksud alamat tu kekkeke..)


lots of love
maya dhira

Thursday, December 8, 2011

Tentang Ombak Rindu..

Salam semua! seperti yang kita ketahuiii Ombak Rinduuu (Novel) menjadi sgttt femes masa zaman keluarannye sehingga 23 kali cetakan dibuat...wauuu hebat xhebatt novel tu...ia diadaptasi dari penulisnye Fauziah Ashaari, mengikut penulis tersebut novel tu berdasarkan cerita mengenai perogol jatuh cinta dgn mangsa (rasanye dlm paper die ade bgtau cmtu..kalo salah fakta sory erk)... zaman tu maya pun pernah bc novel ni..jd maya boleh bayangkan jalan cerita cite ni..


ini bukunye...xpasti sekarang keluaran die cover die masih same ke x

bg penangan filem pulak xkurang hebatnye dgn novel sebb smlm maya pergi tgk dkt alamanda...mula2 die bukak 1 kaunter je pukul 11.25mlm tok cite ni..tup2 bila tgk kt on9 dlm kul bp tah xpasan mase tu tayangan cite ni dah ditambah iaitu 1 lagi untuk 11.25mlm dan 2 bilik tok 12.30mlm...mmg terkejutz maya......


Berikut merupakan Sinopsis Filem Ombak Rindu
Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.
Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia (Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?
Pelakon
Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani, Bront Palarae, Julia Ziegler, Azizah Mahzan, Zaidi Omar, Normah Damanhuri dan ramai lagi..
 gambar beberapa scene dalam filem Ombak Rindu ni.
opss!! yg xcukup 18 tutup mate erk..kekkekkekek


pendapat maya mengenai filem ini:
1. tahniah Aaron aziz dan maya karin mmg lakonan bg maya agak menjadi walaupun dulu xbp nk puas ati ngan pemilihan maya karin sbg izzah..pelakon2 yg lain pun okey jugak..
2. canteknye maya karin bertudung mcm dlm filem tu....mmg cantek...
3. lisa surihani okeylah berlakon jd jahat tp xbp nk sampai dlm hati maya sebb muka die baby face..xnampak jahat seperti yg maya bc dlm novel
4. beberapa scene xabis ckp lagi dah tukar yg lain..mmmgggg aku xgemar!! teruk sgt!
5. cmne erk nk ckp..bila satu scene ke scene yg lain tu laju sgt kadang2..
6. lagu mmg sedap dan mendayuu2~
7. mungkin ni filem soo xcukup mase...cite ni agak pendek sebb sepatutnye die bgtau ape jd ngan pakcik izzah, mak harris dan parent betul harris....dlm novel ade part tu...
8. sesetengah part tu mmg sayuuuu je..nasib baik maya x menangis langsung kekkekekke...cozin maya yg menangis hehehhe...
9. oleh kerana maya suke kucing maya xpuas ati yg kucing die xbwk sekali bila kne halau...(tp bkn kucing die mati ke sepatutnye?) hahahah sory erk komen byk sgtt...

selebihnye tu kalau maya ingt maya bgtau erk......star yg harus dibagi ialah..............................**** 4star!! tahniahhhh......meh layan lagu2 ombak rindu dulu...(jgn menangis hehhe)






p/s: pd sape yg hati mudah tersentuh tu...sediakan tisu erk...kkekekkeke

lots of love
maya dhira