Sunday, August 28, 2011

semoga dia jodohku....

salam...
perghhh tajuk entry mmg xtahan kn??
hahhah org sebok ngan raye maya sebok jiwang2...

xdela....bila maya terfikir blk tentang jodoh nie kn..
mcm maya la..selalu mendoakan diberikan jodoh terbaik pilihan ALLAH
tp bile muncul seseorang tu pd mulenye kenape kte nk pertikaikn??

semua manusia nk kn kesenangan hidup....dan jgn lupe akhirat juga...
tp ramai ke nk berkorban?? memahami?? xramai kn??
kadang2 dlm kehidupan kta pasti xdpt semua yg kta nk tu...
tapiiiiiiiiiiiiiiiiiii yg kta xnk tulah mungkin lebih baik drp yg kta nk sgtttt tu...
ingatlah!!....

maya selalu mendoakan dia jodoh pilihan ALLAH kpd maya
 sejuk hati bila dia terlebih dahulu mempelawa maya solat dan
 selalu mengingatkan maya adanya akhirat...
semoga ALLAH permudahkan segalanya...amin...

p/s: kadang-kadang duit tu bukan segalanya...tp kta perlukan duit utk terus hidup ;)

lots of love
maya dhira


Friday, August 26, 2011

PANTUN RAYA MENGIKUT NEGERI


Salam...
Di bulan yang mulia ini, sy ingin mengambil kesempatan untuk memohon maaf diatas segala ketelanjuran kata-kata yang mungkin ada menyinggung hati dan perasaan sesiapa. Sekira ada termakan dan terminum (free) tu harap halal kan lah ye! 0-0 la ye…

                                                     PANTUN RAYA MENGIKUT NEGERI

Kelantan  - Make ikke cicoh budu Jange lupo tamboh satar Kelik rayo taksir laju Nanti rayo dale sepita

Terengganu - Makang ubi jamang jepong Makang kepok cicah cuke Bulang pose mung bengong Bulang raye mung gile

Pahang - Sepadan Pahang ada kasino Nasi dagang ikan patin Jange mu masam muko Raya makan rendang sadin

Johor -  Cenggitu cenggini awak suke Awak suke kite tak suke Esok luse hari raye Sama-sama bersuke rie


Melaka-  Hawau kau berak merate Kaki bengkak ulau patok Kalu balik naik kerete Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan  - Masak lomak cili api Campo dongan daun turi Hari rayo kolumpo sopi Tinggal penyamun dongan pencuri (org kolumpo jgn  kocik ati!!)

Selangor/K.Lumpur  - Wa cakap lu wa tak tau Tapi wa tipu sama lu Raya jangan buat tak tau Angpau ada bagi gua dulu

Perak  - Gulai tempoyak ikan mayong Deroyan busok tebok tupai Pandu hemat ingat kampong Asal teman selamat sampai

Kedah  - Aloq Staq terketaq-ketaq Lapaq perut makan pau Macam mana tak ketaq Kena paksa bagi angpau

Penang  - Nasi kandaq kedai mamak Anak mami juai pesemboq Lepas raya usah dok triak Kalu ceti mai ikut dapoq

Perlis  - Padang besaq kecik aja Tempat siam lalu lalang Hari raya kita berbelanja Jangan sampai menambah utang 

p/s: kalau sudi hulur la duit raya sekali hehhhe~

lots of love
maya dhira


macam-macam mood~

salam..
hari ni dah hari Jumaat....
maya tau ramai yg kate "jasad je kt sini tp hati kt kg"
hahhah betul x?? pastiii betulnye lah!!

maya blk lambat lg....Isnin baru pulang
tp dgr cite smlm keta kt stesen minyak area Putrajaya dah penuh
perghhh die org semua tu mungkin dah bertolak smlm lg kot...
dan yang pastiii wekkend ni lagiiiiiiiiiiii ramai org blk kg...

kpd geng2 ku yg dpt duit raye drp bos banyak
mehla kongsi2 ye...aku xdpt huhuu....
dah2 jgn sedih2 maya...hehheh...

smlm auh bertolak blk..mcm2 barang kte org suh die bwk blk
hehhehhe...penuh kot satu keta die...almaklumlah 
kami malas nk tambah duit tok luggage kt AA tuuuu.....
xsyok tol tahunn ni MAS xwt promosi....mcm tahun lepas MAS wt..bestlah
6 org pergi blk dlm 1k lebih je..tp kali ni tgk tok 6 org g blk cecah la 4k
perghhhh.....xpela naik jelah AA itupun dah 2k lebih....

mule2 kte org nk suh pn. rohana dan en. abdullah je naik flight..
tp en. abdullah die xnk...kalau die naik flight semua kne naikk...
kalo kte org naik keta die pun nk naik keta gak....tp yela kesian dkt en. abdullah
dah xlarat nk dok lame dlm keta lagi2 musim raya pastii cecah 12 jam nyela....

tq tooo angah kerana menaja kami....loveeeee youuuuu!!
aku doakan bisnes ko bertambah majuuuu leh ko support g bercuti laks...ahahhah
(keje nk mengikis je) ahhahahah

Selamat Hari Raya kepada semuaaaa ye
pulang dgn selamat dan ingatlah org tersayang =)


lots of love
maya dhira


Thursday, August 25, 2011

KAWASAN SPEED TRAP

Salam..ni maya dpt dr internet...xpsti betul ke x....





 Plus Arah Utara (Dari KL):
1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting
2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting
3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan
4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara
5- Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai
6- Km 296 berdekatan exit Gopeng
7- Km 352.6 selepas exit Sungkai
8- Km 373 berdekatan exit Slim River
9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar
10- Km 308.6 selepas exit Gopeng
11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora
12- Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun
13- 2 km after tol Juru (90km/j)
14- 5 kamera di atas jambatan pulau pinang (so slow je la kat situ)

Plus Arah Selatan:
1- Km 289 sebelum exit Nilai Selatan
2- Ada 3 kamera antara Km 255 - Km 249 (Persimpangan Seremban - Senawang)
3- Km 253 selepas exit Senawang
4- Km 213.9 selepas exit Alor Gajah
5- Betul2 di exit Jasin
6- Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak
7- Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng utara
8- Km 97.3 selepas exit Air Hitam
9- Betul2 di exit Sedenak

Plus Tengah:
1- Km 456 selepas exit Sungai Buluh
2- Betul2 di exit Bukit Lanjan
3- Betul2 dibawah Restoran Jejantas Sg Buloh
4- Km 302.8 berdekatan exit Kajang
5- Km 296.5 & Km 297 berdekatan exit Bangi

NKVE
1- 300 meter sebelum tol Jalan Duta (60 km/j)
2- Selepas cabang jalan ke tol Jalan Duta (80km/j)
3- Betul2 di exit Damansara
4- Km 11.2 berdekatan rel keretapi
5- Betul2 di exit Shah Alam

Jaga-jaga

KESAS
1- Km 44.8 berdekatan exit LDP
2- Berhadapan Endah Parade
3- Betul2 di exit Hicom
ELITE (Dari arah KLIA)
1- Km 4.8 selepas exit Batu 3
2- Km 2 - Km 4 atas jambatan berdekatan Makro
3- Betul2 kat bawah restoran jejantas USJ
4- Km 10 sebelum exit USJ

JALAN PERSEKUTUAN
1- Bersebelahan Hotel Mint
2- Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan
3- Berhadapan dengan Istana Negara
4- Berhadapan dengan Muzium Negara
5- Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala Lipis)
6- 2 km sebelum pekan Maran (Arah Kuantan)
7- Area Paya Bungor (Arah Kuantan)
8- Selepas exit ke Bentong (Menghala ke LPT)
9- Jalan Gambang - Kuantan (Turun bukit selepas Matrikulasi Pahang)
10- Berhadapan dengan Mini Malaysia Melaka (70km/j)
11- Berhadapan dengan Zoo Melaka (70 km/j)
12- Bawah jambatan dari Banting ke KLIA (80 km/j)
13- Berhadapan dengan Kolej Inti, Nilai
14- Persimpangan Sg Manggis menghala ke Klang (60 km/j)
15- Berhadapan Tesco Klang (70 km/j)
16- Jambatan berdekatan rumah MB Selangor kat Pasir Panjang (70km/j)
17- 2 km selepas sempadan Perak-Selangor di Jalan Sabak Bernam (berdekatan kilang kelapa sawit)
18- Laluan bertingkat antara USM ke Bayan Lepas
19- Jelutong expressway berdekatan Tesco Pulau Pinang
20- MRR2 antara simpang Taman Melati & Wangsa Maju
21- MRR2 berhadapan Mikro Cheras
22- MRR2 ke damansara,antara batu cave ke Bandar baru selayang


marilah kte berkongsi2 info....kalau x melayang duit tok raye heheh

lots of love
maya dhira


ibu.........sempena raya

salam...
video nie wt mate maya masuk habuklah lepas tgk
(alasan lapuk) hheehhehe....mmg sedih video nie...
along maya share kn kt maya ....tq along...sedihh

tahniah kpd  CST Production jugak!! 
i like!!!


lots of love
maya dhira

Wednesday, August 24, 2011

bila nk kawen??


salam....okey geng!! pd sape yg xkawen lg.....tp org dok sebok tnye kt korang...bagilah jawapan ni ye:

kenapa lambat kawen?
kerana ALLAH tahu masa yang terbaik untukku

dah berpunya?
ya.....kerana setiap orang telah ditetapkan jodoh masing-masing

siapa?
nanti ALLAH akan perkenalkan kepada semua

bila?
bila kami sudah disatukan..insyaALLAH jemput datang ke Walimatul urusku nanti =)

pengajaran: janganlah selalu bertanya bila org tu mahu berkawen kerana semua rahsia DIA, terletak di tangan ALLAH dan sampai masa ALLAH akan membongkarkannya jua...dan kadang2 bila org tanye tu leh wt stress kt diri je lagi2 waktu tu usia dah lanjut.....

p/s: maya pernah tnye en. fb bile nk kawen....en. fb jwb "bila tiba masanya yang ditetapkan oleh ALLAH kawenlah kta" perghh terus diam maya lepas tu...ahhahahah

lots of love
maya dhira


Tuesday, August 23, 2011

WANITA TIDAK MENUTUP AURAT SELALU GUNA 13 ALASAN INI

salam....marilah kte share benda yg baik
pstinye kte berusaha kearah kebaikan..
yang baik datang dari ALLAH....yang buruk datang dari manusia itu sendiri...



بِسْÙ…ِ اللهِ الرَّØ­ْمنِ الرَّØ­ِÙŠْÙ…ِ

Pernah nasihat dan tegur kawan-kawan wanita anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka:-

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam

p/s: bkn nk ckp maya ni baik sgt tp ini untuk umum...tidak menunding jari pd sesiapa.....

lots of love
maya dhira

duit raya!!

salam...
semalam berlangsungnye urusan membahagikan harta....
silappp!! bukan harta...tp duit raya pd sesiapa yg berkenaan...
hehhehe...tp bkn yg maya nye...sebb xcukup sampul...
kpd sape yg ade sampul lebih plz pas2 kt maya yerk...

smlm maya tlg agihkan harta2 along dan angah
tok yg berkenaaan.........heheheh

ni list maya..die org refer name kt sini..bajet? ikut kemampuan ye asalkan ikhlas hehhee



angah punye.....kami siap letak name sebb dulu ade kes pakcik sedare kte org salah bg..hahahha sape yg beruntung tu?? maya lah!! ahahha free je aku dpt lebih...hahahhaha



ini along punye pulakss....
maya punye selagi xcukup sampul maleh nk bubuh....

lots of love
maya dhira


ape dah jadi dgn area presint 2??

salam...
tengahari td maya berjalan kaki je dari opis maya
bangunan McD ehh silap MeCD (Menara Usahawan) tok ke pejabat pos
ade urusan sikit...turun je tgk..fuyooohhhhhhhh!!
mcm ade konsert la kt sini...ramainye manusiaaa....nk kate ade sale?? dah abis

jadi maya ngan fara berjalan la slow2 smbil mengusha ape yg ade
(nasib baik mendung xpanas sgt)...rupe2 nye ramaila manusia
yg maya rase bkn rakyat malaysia sedang berkumpul....fara kate ade yg bwk kayu????

owhhh sile abaikan statement tu ye sebb fara rabun....ntah betul ke x...
kalau salah dah jd fitnah hehhe......mase tu maya keadaan takut la gak sebb kang 
die org wt ape2 ke sebb maya asyik tangkap gambar je..

mase maya tgh jln tu ade 2 org mamat indon tu selamberk dek je
makan...perghhh (mungkin die org non-muslim kot) hehhe
sampai sekarang maya xtau ape yg terjadi...
yg penting kte doa xde huru-hara amin...








pakse cik fara posing hehee


canteknye suasana waktu nie...
lots of love
maya dhira


aiskim basi??

salam...
minggu lepas pn. rohana kepingin mau mkn aiskim
(maya pn tumpang 2 kaki) hehhhe....siap sanggup tu ajak maya 
g care4 tok beli aiskim....die dah pesan beli 2 bekas...
satu yg mix nye strawberi, vanilla dan cokelat satu lagi terpulang pd maya
maya ni kureng sikit aiskim jd xtaulah nk pilih yg mane...

rupenye satu lg jenis aiskim maya beli nie
salah pilih la...sebbb aiskim basii?????
bile blk tu teruje nk mkn bukak2 mcm tu terkejutt!!
tp anak2 en. abdullah yg lain kate mmg style die cmtu...

maya mcm kepelikanss je sebb siap bau mcm basi kn
angah siap ckp alaaa biskut murah bkn oreo yg betulla tu..
jd pn. rohana x jd nk pi tukar esknye tu....

tp bile along dan aki bersemangat nk mkn...
masuk je mulutt...hahahhahahhahah PADAN MUKE KORANG!
xcaye....kn dah rugiii mmg betul2 basi la walaupn date expired lambat lg...




moral: tgk dulu sebelum beli 

p/s: renung-renungkan dan selamat beramal....

lots of love
maya dhira


posting...

salam...
seperti yg maya cite kt SINI
smlm maya siap termimpi-mimpi yg JPA call maya
tok bgtau tempat postingg!! aduhaiii
itu dah tahap takut sgt tu kn??? hahahahah

berdoa jelah sekarang yg pd 15 sept tu
dpt tempat yg okeyhh....amin......

lots of love
maya dhira


10 Perkara lelaki patut lakukan kepada isteri/gf sedang PMS


Dalam kehidupan sepasang ni korang perlu tau bila waktu-waktu perempuan perlukan ruang dan diberi perhatian lebih...antara tips2 bila perempuan tu sedang PMS ialah:
1. Hadiah coklat kepadanya...pasti si gadis gembira menerimanya...sesungguhnya pemberian kamu itu menjadi ubat kepada emosi gadis kala itu
2. Nyatanya kehadiran PMS bukan waktu memutuskan hubungan...peranan lelaki perlu lebih memahami pasangannya. ikut rentak si dia dan layanlah dia sebagai seorang puteri sepanjang seminggu itu
3. Lelaki sering terkena leteran tentu mendapati kedatangan period teman wanita bukanlah hari yang paling indah. Cuba tumpukan perhatian lebih kepadanya dan jangan mendatangkan marahnya. ucapkan cinta dan pujinya cantik lebih-lebih.
4. Harap teman lelaki lebih memahami dan tidak mengemukakan apa-apa persoalan atau masalah dalam waktu begini. kejutan perlulah yang bermanfaat dan benar-benar menggembirakan.

5. Kala si kekasih mula bertanyakan tentang badannya, jangan pula menambah bara dengan mengunkit dia makan kek brownies semalam.
6. Sebaik-baiknya tarik kekasihmu dan bawa dia bersiar-siar. Udara segar mampu mengubah moodnya. jangan sekali-kali mengingatkan dia mengenai ketidakselesaannya.
7. Jangan bangkang jika dia mengutarakan masalah kami masih merokok walaupun sudah berjanji mahu berhenti, atau baju kamu bertaburan di lantai, kerana saat begini memungkinkan dia meninggikan suara.
8. Adakah lebih baik kamu pelajari kehadiran period wanita kerana kamu akan sehidup semati dengan isteri atau bakal isteri. barulah bahagia dan serasi hidup
9. Bagi suami, belailah isteri jika dia dalam kesakitan. dodoi isteri agar dia lebih tenang. Manakala sang kekasih pula, bisikan kata-kata manis di telingannya menerusi telefon jika dia rasa kurang selesa.
10. Dengan kehadiran kamu wahai suami yang sangat memahami, ia baka meringankan lagi tekanan wanita. Hadiahkan wanita Kotex soft & smooth Overnight kerana ia pilihan tepat.
p/s: yg perempuan pun jgn la buli suami/bf anda lebih2 yerk....

lots of love
maya dhira

Monday, August 22, 2011

cite persiapan raya!

Salam....korang semua dah siap2 duit raye ke?? maya siap dah tulis nama kt sampul tau! ahahaha almaklumlah ramai sgt sepupu...nk mengharapkan along kawen ntah bile...angah langsung xnampak bulannye....hahhaha semua dok pas kt maya BILE NK KAWEN?? owhh tidakkk bukan sekarang ye....

bagi tu dgn ikhlas...jgn main tarik menarik lak haha
tapi sebenarnye syok gak bile ade anak sedare nie...tp wt mase ni maya terselamat lagi la sebb semua dok tolak same sendiri..(xnk kawen dulu katekn) hahahhah...tp bile tgk kwn2 ade anak sedare..ishh mcm jelez laks...nampak comeynye kalau ade org panggil kte "makngah ke maksu ke or mak ape2lah" betul x??

opss dah byk sgt tu maya terlari tajuk....hehhe bp bajet korang tok sorang budak erk?? leh x kalau die org komen maya nk jwb "sory dik akak nie mmg la keje..tp akak belajar gak soo duit raye tu diskaun la ye?" ahhahhaha (kalau boleh bg RM0.50 maya bg je kot...tp sile abaikan jgn nk kedekut sgt okeyhhh) ape salahnye kte sedekahkn pada bdkn2 musim raye nie..bukannye selalu...

pada yg sepatutnye bayar zakat..jgn lupe bayar ye...mmg sepatutnye anak perempuan sebelum berkawen dibawah tanggungjawab bapa....tp en. abdullah mengarahkan maya byr sendiri..sebb die kate maya bekerja..mmg boleh anak byr sendiri jika berkemampuan...............jgn lupe ye byr!!

tahun nie mcm biase gak...maya pulang ke kota bharu..name glemernye KB okeyh...hahahah seksanye la kalau naik keta ke KB nie almaklumlah musim raye kn? normalnyer kte akan mengambil masa lebih kureng 8jam utk sampai ke sane....tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii maya berani jaminlah bile nk dkt2 raye ni korang xakan sampai dlm mase 8jam kalau menaiki kereta...plg cepat pn sampai lebih kureng dlm 10 jam or 12 jam mungkin??


hahahah mmg sakit la punggung korang dlm tu....bak kate bdk2 "tdo bgn xsampai2 lg"....mmg muntah la kalo korang nk tgk cite dlm keta...ntah bp movie abis tp korang xsampai gak lg.....tp hati2 la sebb perjalan pulang ke kelate tu mmg agak mencabar...bg bdk2 yg baru nk reti bwk keta tu amaran dari maya "jgn nk berlagak nk potong2 keta org ye jika anda tidak cekap"

fuhh byknye yg maya membebel ni...mcm pesanan di jalanraya pun ade gak erk? bkn ape..mmg ade satu kemalangan di depan mata famly kte org sendiri masa perjalanan pulang ke kl dari KB...nntila maya update maleh pulak rasenye..

p/s: sedap je maya bg pesanan..maya naik burung merah ye hehhehe....

lots of love
maya dhira

Henfon...

salam...
bukan main syoknye maya bekerja keras hari ni kt ofis
sekarang baru maya perasan maya tertinggal henfon kt rumah..
ishhh2..tp lokasi tertinggal tu xdpt dikesanlah.....

oleh kerana maya ni susah nk ingt no fon parent maya...
yg maya ingt hanya no fon en. fb...(hehe itupn selepas kne marah)
dan maya telah mintak en. fb call parent maya tinggalkan pesanan
tok ambk maya nnti..sebb biasenye keta maya parent maya yg pakai..
hahhaha gile jahat kn maya??...xpe...mengeratkan silaturahim sebenarnye tu..
antara mentua ngan menantu...opss bakal menantu ahhahhaa

p/s: moral ingtlah no telefon yg wajib ye..bile ade kesusahan kang jd mcm maya heheheh

lots of love
maya dhira


Kisah budak penjual kuih


Salam...bagi maya kisah ni memberikan kpd kita byk pengajaran..sumber ni dari internet:

Hari itu selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.


"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang." katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang."

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!

p/s: betapa hebatnya didikan ibu adik tersebut...semoga adik dan keluarganye dimurahkan rezeki selalu...

*ada byk versi maya bc..bahasa indon pn ade gak..

lots of love
maya dhira


satar!!

salam semuaaaa!!
aduhh...!! maya teringin satar la!!
xnk satar yg kt kl nie...sebb asyik jmpe yg xsedap jerk!
maya teringin yg maya beli kt kuala terengganu...
perghhhhh isi die padat dan pedas...makan panas2 pulak tu...
yummmyyyy!!! kwn2 yg dok ganu tlg la beli bwk blk kt mayaaaa
plzzzzzzzzzzz


lots of love
maya dhira


Friday, August 19, 2011

Resepi Pn. Rohana : ketupat sotong

salam....
yummyyyy kemarin pn. rohana masak ketupat sotong!!
sedappp....xterkate....


nk resepi???
kalau ramai yg mintak kt tempat komen tu...
baru maya bg okeyhh....
pic ni utk tontonan korang ahhahahha

lots of love
maya dhira