Tuesday, March 27, 2012

Berkursus di Sarawak

Salam semuaa!! moood happy je bila menaip entry ni...yela bkn senang okeyh nk dpt g Sarawak...kebetulan ni first time maya g lagiii la teruja kerana xperlu keluarkan modal sendiri...hehhe awal tahun hari tu maya dgn semangatnya apply kursus dkt INTAN..saje je apply jauh2 selagi xkawen ni sebb bila dah kawen sgt malas nk pi jauh2...

bila kawan2 semua dah heboh kata dpt kursus kt INTAN bp bulan kemudian maya pun teruja nk cek aku dpt ke x..bila cek dpt kt Terengganu dan Sarawak rase happy gile! tp alamak! xmintak kebenaran bos lg ni....cmne? dpt 2 kursus lak tu..nasib baik tarikh dua2 tu berbeza tp sanggup ke tinggalkan MR.K selama 2 minggu? sebb tarikh tu berderet....

MR. K ckp no pblem pergi je mana-mana..maya dah jd serba salah so maya pilih g Sarawak yeaa! tp bila call INTAN Sarawak pegawai sana kata penginapan tidak disediakan lagi (xsiap sepenuhnya lagi) owh ya INTAN sana baru pindah kampus sendiri...tempat tinggal (hotel) agak jauh dr kampus tu so masalah pengangkutan  lagi..adoiii mase tu dah pikir alamak! cmne ni? terkubur dah hasrat aku ni....

tp bak kata org kalau rezeki x kemana...kak suzana peserta kursus tu dr klang call maya melalui senarai nama peserta yg terpilih tu...dia kata xpa dia cuba deal gan jabatan laut dia kt sana dan alhamdulillah kami akhirnye berjaya ke sanaa..........


19 Feb 2012 (Ahad)




 ni hotel yg kami duduk(satu bilik 3 org tambah katil satu) lupaa nk ambk gamba dlm bilik
rate murah, ada diskaun gov, dkt dgn waterfront jln kaki je..
tp satu je masalah hotel ni..xde paip utk urusan.......so korang kne call mintak gayung ye

 sampai je kt sana dah hujan xjd nk keluar jadi oder ape yg ade
rate hotel biase la kn? tp makanan dia byk sgtt sgttt puas ati..
laksa sarawak...sgttttttttttt BESAR MANGKUK TU..isi dia pun byk suku je xdpt abiskan..(sedap)
20 Feb 2012 (Isnin)

miowwwwww miowwwwwwww


peningggg pilih kek lapis..kek mmg bkn febret maya byk gila dia hidangkan tp maya xrasa akak2 tu semua rasa sampai kekenyangan...last2 maya ambk ape yg die org ambk (marah die org hahahah)



nampak ada tulis ayam penyet! so teringin nk cuba...tp tercuba ayam bbq hehheh cuma syg xsedapppp langsung...

21 Feb 2012 (Selasa)
dewan kecik je
cup air tu same warna gan baju maya hahha
salad utk mkn malam...diet la konon...hehhe

22 Feb 2012 (Rabu)


anak kwn abah bawak jln2..singgah mkn dkt satay ceko cafe
ayam penyet die rasa biasa je...sambal tu rase mcm sambal nasi lemak
satay die sedap!

 23 Feb 2012 (Khamis)

majlis penutup

geng-geng sarawak

inilah kenderaan yg paling byk kt sarawak hehhe
best sgt g kursus sane almaklumlah dibayar oleh gov kn??? lagipun wifi kn sane sgtttt laju...syok on9 sambil berkursus opss!! hahahhaha tp mase kt sane xsempat nk ambk pic lain2 tempat lg sory ye....

p/s: rugi xde pic maya angkut byk2 kek lapis dan ikan terubuk masin hehhe

lots of love
maya dhira


Wednesday, March 7, 2012

siapakah SECA?

Salam semua...!! (berhenti menaip jap sambil menyapu losyen kt tangan...wanggiiiiiii~) hehehhe. xde motip suka2 je hehhe.. 

untuk pengetahuan korang maya ni buat part time utk weeding photographr yg dikenali sbg SECA tp bukan maya yg shoot tp along maya a.ka. shutterdemons a.k.a azhan abdullah yg shoot xpun cozin or kwn dia (tgk pd sape yg free mase tu..)

antara koleksi gambar terkini daripada SECA ialah:




video yang terkini xdpt nk share kt sini la sebb maya xreti nk wt kalau link gan vimeo...tp best gak video wedding baru tu..betul x tipu.......xcaya cuba tgk sendiri klik dekat SINI


kalau xpuas nk tgk gambar or video kt sini korang boleh pergi usha sendiri dkt SECA photography di FB atau klik SINI

sebarang pertanyaan mengenai pakej yang kami tawarkan boleh la tnye kte official page kami =)
 

lots of love
maya dhira

 

Monday, March 5, 2012

Masih Ramaikah Hakim Sebegini?

Salam..bila baca cerita ni mmg rasa sayu je...masih ramai ke hakim sebegini di dunia atau di MALAYSIA?


Sangat mengharukan, seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa sebak dengan penerangan pesalah seorang nenek tua yang mengaku salah mencuri ubi kayu.

Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain.

Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu.

”Saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang, undang-undang tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda Rp 1 juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda harus masuk penjara 2.5 tahun, seperti tuntutan undang-undang”.

Nenek itu tertunduk lesu. Namun tiba-tiba hakim menbuka topi hakimnya, membuka dompetnya kemudian mengambil & memasukkan wang Rp 1 juta ke topinya serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang mahkamah.

‘Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap orang yang hadir di ruang mahkamah ini, sebesar Rp 50 ribu (lebih kurang RM17), kerana menetap di bandar ini, dan membiarkan seseorang kelaparan sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya.

“Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda dalam topi saya ini lalu berikan semuanya kepada yang tertuduh.”

Sebelum tukul diketuk nenek itu telah mendapatkan sumbangan wang sebanyak Rp 3.5 juta dan sebahagian telah dibayar kepada mahkamah untuk membayar dendanya, setelah itu dia pulang dengan wajah gembira dan terharu dengan membawa baki wang termasuk wang Rp 50 ribu yang dibayar oleh pengurus ladang yang mendakwanya..



Kisah ini sungguh menarik dan boleh di share untuk menjadi contoh kepada penegak undang-undang di Malaysia agar bekerja menggunakan hati nurani dan mencontohi hakim Marzuki yang berhati mulia ini.


Sabda Nabi SAW maksudnya : "Hakim terdiri dari tiga golongan. Dua golongan hakim masuk neraka dan segolongan hakim lagi masuk syurga. Yang masuk syurga ialah yang mengetahui kebenaran hukum dan mengadili dengan hukum tersebut. Bila seorang hakim mengetahui yang hak tapi tidak mengadili dengan hukum tersebut, bahkan bertindak zalim dalam memutuskan perkara, maka dia masuk neraka. Yang segolongan lagi hakim yang bodoh, yang tidak mengetahui yang hak dan memutuskan perkara berdasarkan kebodohannya, maka dia juga masuk neraka. (Hadis Riwayat Abu Dawud dan Ath-Thahawi)


Punca Org Miskin -----> KERAJAAN??


lots of love
maya dhira

 

Thursday, March 1, 2012

Putrajaya Blackout!

Salam semua...mlm ni tempah sejarah kot sebb separuh warga Putrajaya duduk dalam kegelapan....rupe-rupenye stesen janakuasa kt bangi meletup...patutler kte kne bergelap...kt alamanda pun sekali tau! 

ni antara gambar2 yg maya copy dari kwn maya kt FB masing2..

TNB Bangi dekat Sony
inilah punca sebenar..


p/s: kalau org dok tgk wayang kt alamanda tu agak2 sedar x? ahhahha

lots of love
maya dhira