Thursday, June 26, 2014

Star Cruise Libra : Penang

Salam semua..

Okey jom sambung!!

Kami malas nk drive jadi kami guna driver AA ke Penang.


en.fb eksited dgn KLIA 2

Sampai sane baem kwn kami berdua dah tunggu dan siap bwk pi makan kt Restoran Tajuddin Hussain sebelum check in dkt Tune Hotel (save kos tido semalam). 


sedappp rasa nk lagii!! papadom pun rasa rempah...nyum2!

Baem ade tanya xkecik ke bilik kat situ?? maya dgn konpiden jwb alah semalam je xpe punya..sebb kebiasaan bilik yg maya tempah agak besar utk berdua. Bukak je pintu bilik...........mak oiii keciknye!! ahhahahah baru terkenaaa~ 

rupenya kalau bilik yg xde tingkap mmg agak kecil berbanding yg ada tingkap tapi masih okeyla dgn harga yg ditawarkan dan paling penting sekalii katil empuk!! hhaahaha


bukak je pintu...tadaaa!!




seee kecik je...owh ye kami xtambah aircond pun..kipas pun dah cukup sejukk


Selesai solat semua..kami lepak lak gan kwn faka..maya bkn main terujaa sebb dah lama xjalan-jalan area Penang ni.


pakcik ni pengumpul baju hard rock 

makan dekat kapitan...so so je..tapi ramai orang dan servis agak lembabs



Balik tdo terus eksited nk berlayar esk nya..


kos flight
RM174 utk pergi blk 2 org x termasuk makan dan luggage

penginapan
RM46.60 semalam (bilik xde tingkap hanya add on towel + toiletries kit utk seorang)

makan
free orang belanja

pengangkutan
free orang ambik hantar


Next entry hari pertama trip ;)


lots of love
maya dhira





Friday, June 6, 2014

Star Cruise Libra : Penang - Phuket - Krabi - Penang


Salam semua..
Plan naik kapal ni sebenarnya spontan. Masa maya berpantang keguguran tu..perasaan rasa down sgt..terasa nak pergi tenangkan hati. en. fb pun setuju aja bila maya ajak pergi berjalan asal kan maya happy. 

Kebetulan masa tu AA tgh buat promo tapi xla semurah mana..maya siap ckp kt en. fb nk pergi mana erk?? Pulau Redang dan Pulau Perhentian maya dah pergi. Ala xsyok la pergi lagi kalau boleh nak tempat yg xpernah sampai.

Mungkin rezeki kami maya terbaca yg Matta Fair akan berlangsung hujung minggu tu. Tapi masalahnya maya tgh berpantang tak larat la nk pegi. Maya pun google tgk promosi yg ada tapi masih blur nk pegi mana?? xnk la jauh sgt sebb kami nk simpan juga duit utk baby akan dtg mane tau lekat cepat ke kan ;)

En. fb bg idea naik cruise sebb dia pernah naik dari Singapore ke Phuket..maya pada mulanya mcm ermmm alaa..ermm tgklah dlu cmne hahhaha... itu sebelum maya tgk promosi yg star cruise buat tau! 

RN Global Holidays (maaf kene perbaiki kualiti servis)

Promosi ni sempena Matta Fair : BUY 1 FREE 1 menggoda sungguh tau! mcm murahh je...yg xtahan tuh berpantang dgn kain batek dan stokin dok sibuk menghadap laptop.

Maya google search dan call agent-agent sebb maya nk tgk harga mana yg berpatutan. Kebanyakkan agent yg sediakan pakej ni agent company cina..tp layanan mereka bagus. Kebanyakkan agent yg maya call semua kata yg plg murah dah abis kalau nk gak kene ambk yg mahal sikit.

Harga pakej mengikut saiz bilik dan aras bilik tu. Makin tinggi aras dan makin luas bilik tu harga pun meningkat (paham ke dak ayat aku ni hahha). Bagi bilik RM1620 (ini harga xtermasuk fuel dan ape tah yg kene tambah RM196 sorang) bilik ni di deck 2 atau 3 dan bilik xde tingkap. Contohnya utk promosi kat atas ni RM1620 - buy 1 free 1 tapi kene tambah RM196x2 jd harga sebenar patut dibayar ialah RM2012 utk dua orang tapi tetap berbaloi lagi.

Agent terakhir yg maya contact ialah agent yg dlm gambar promosi dekat atas ni. Maya xpasti company melayu or cina..tp yg handle tu lelaki melayu..maya siap tanya bilik plg murah ada lagi x? dia kata ada..tp maya ckp kat dia cuba u cek dlu betul-betul.. xlama tu dia cek dah kata maaf dah habis dan kalau nk jugak harga tambah lagi.

Dah bengang part tu sebb dah lama whatsapp xbalas-balas..kene msg dua kali baru nk reply itu pun siap mention sy mmg serius nk tempah ye!.. okey masa tu terima lagi kata mungkin sibuk kot... tapi adoi dah terlepas harga murah! tapi fikir tambah seratus dua lagi xpelah..

Bila urusan deposit dan agent dah terima xde pun ape-ape resit half pembyaran ke diterima. Bila tanya senyap pulak.masa tu maya cuak gak tapi biarkan dlu bila nk dekat dgn tarikh pergi baru nk follow up blk. Maya saja xnk bayar full masa tu risau gak takut kene tipu ke kan sebb maya xpegi pun jumpa agent tu semua deal guna msg dan email je.

Dua minggu rasanya sebelum berlayar baru kalut agent tu email maya minta buat lagi half pembayaran. Rupenye die org xde contact number maya nk maklumkan benda ni..haish naseb aku cek email hari-hari. Katanya mereka berpindah ofis jadi keadaan agak huru-hara. Bila full payment dia ckp nnti dia akan maklumkan bila confirmation slip dah keluar. Lagi sekali hampeh bila maya followup baru la kata ye dah terima kejap lagi sy emailkan.

Segala penerangan formal melalui email tp mmg xsyok sebb maya baca blogger-blogger lain yg dah pergi..travel agent die org siap xplen macam-macam lagi. Agent ni hampes semua maya kene google sendiri atau tanya dia akan jwb "nanti sy check dlu".


* Maya baru terjumpa blog agent lain yg INI info dlm ni agak menarik sebb dia bg semua detail. 


Kebetulan ada iklan dkt Utusan Malaysia hari ni
siap ada no contact agent lagi




Tips:

- Pergi sendiri Matta Fair dan bandingkan harga terus...selain tu tanya harga bersih sebb takut ada caj tersembunyi.

- Nak save bajet ambk bilik paling murah yg xde tingkap sebb atas kapal korang akan melepak kat area luar dari bilik.

- Naik masa buka peak season sebb harganya lagi murah

- Harga beli direct gan Star Cruise dkt SINI lebih mahal sikit berbanding dgn travel agent.

Lain-lain tips maya akan update next entry.

p/s: rasa travel agent cina lagi cepat je buat kje..minta quotation ke..dpt invois ke cpt je..


Tapi apa pun kami enjoy masa berlayar..pengalaman yg menarik!


lots of love
maya dhira












Wednesday, June 4, 2014

jalan-jalan cari makan : Restoran Thai Tom Yam Kung, Ayer @8, Putrajaya

Salam.. minggu lepas masa waktu rehat maya, umi, tokwan dan mak pergi ke Hospital Putrajaya melawat adik umi. Selesai melawat kami dok pikir nak makan kt mana..sebb kawasan Putrajaya ni mmg penuh org kerajaan waktu makan tenghari. Pikir punya pikir maya teringat yang satu cawangan kedai yg pemes kt presint 15 dah bukak kt area Ayer@8 ni dan kebetulan hospital dan Ayer@8 xla jauh mana.

Sampai je sane kereta dah byk...wah! dah ramai org tau area ni rupenye..baguslah...



Pelbagai pilihan lauk untuk makan tengahari








lepas ambil lauk pelayan akan mengira dan bagi kad
lepas mkn bwk kad tu ke kaunter utk pembayaran
 


lauk maya
umi puasa jd kami bertiga je yg makan
xsempat ambk gambar lauk tokwan dan mak
masing-masing laju je makan..hehe

selesai makan baru mayaa perasan belakang kami
ade pelbagai jenis bubur dan pulut


dtg oder lepas tu tunjuk kad bg dia masukkan dlm rekod

pilihan mak..

pilihan tokwan







Gambar resit lupe nk ambk tapi jumlah semua sekali kami makan RM26.60
Nasi Lauk Campur (3 orang) : RM15.50
Barli Sejuk :  RM2.50
Air Suam (2 gelas) : RM0.60
Pulut Mangga : RM5.00
Pengat Pisang  : RM3.00

Dari segi servis dan layanan mmg bagus dan tempat pun selesa. Selain nasi campur ada juga ala carte. Tapi maya minta maaf sangat sebb maya lupe nk cek waktu beroperasinya. Tomyam kt sini mmg sodap..insyaallah xrugi mencubanya ;)

Review-review blogger lain mengenai Restoran Thai Tom Yan Kung di Presint 15 (cawangan lama) boleh klik SINI, SINI dan SINI.

lots of love
maya dhira








Tuesday, June 3, 2014

Hari Pertama : Laguna Redang

Salam semua..maya nk continue entry INI.
Sampai je di jeti Shah Bandar, Kuala Terengganu..man cari parking utk park kereta 3 hari 2 malam. Jangan risau byk je tempat parking area jeti tu tp berbayar la ye. Jeti ni berdekatan dgn pasar besar Kuala Terengganu jd xde masalah kalau sape-sape yg ade plan nk menyoping kain batik terengganu ;)

Kebetulan masa kami smpai dkt area jeti..feri utk kesana sudah sedia..hanya perlu check in dkt situ dan bag diangkat oleh mereka..mmg sistematik betul pengurusan Laguna.

Feri yg digunakan besar dan selesa...siap ada aircond...mmg selesa habis berbanding boat yg maya naik pegi Pulau Perhentian dlu. Sampai je kami diberi taklimat terlebih dahulu sebelum keluar utk check in. Keluar je dari feri diminta menaiki tram yg disediakan tp hari first dan blk je tau.. hari lain jalan kaki hehe...

Check in di lobi pula tp bilik xsiap-xsiap lagi..adoii penat sgt ni..terpaksa la berehat dulu di area lobi. Sementara tunggu bilik siap..kami lunch dlu di tingkat atas. Pilihan makanan mmg sgt byk dan jgn risau pasti kenyang punya ;)


ambil angin sementara tunggu check in






Sepatutnya petang tu ade trip snorkling kalau sape yg berminat..tp maya dan ecah x join sebb penat sgt walaupun x drive..hanya man gan pat li je yg join..

maya lupe ambk gambar bilik..ni maya google..sebijik bilik kami mcm ni..rasanya nk muat 4 orang pun boleh..ni tok katil queen
ni tok single bed..
dinner

Malam rileks je lepas mkn xde aktiviti nk buat dan hanya berehat sambil jalan-jalan tepi pantai...mmg tenang habis =)

lots of love
maya dhira

Monday, June 2, 2014

Resepi: Kek Coklat Kukus Sedap & Mudah!

Salam semua.. hari ni maya nk share resepi yg maya dah cuba last week. Semangat nk buat kek ni sebb ada sedara mara dtg rumah parent maya. Punya gigih jumaat lepas masa rehat pegi Alamanda cari bahan. Naseb baik Alamanda gan rumah maya xjauh lepas beli barang terus blk rumah buat kejap. 

Sampai rumah frust!! saiz kukusan maya lebih kecik dari bekas yg nak guna buat kukus! termenung jap haishhh cmne ni barang dah ade..korek punya korek akhirnye maya jumpe gak bekas yg boleh muat kukusan maya. 

Hasilnye taraaaa!!!



buat 2 layer..tgh-tgh ade strawberi..nyum nyum!

Sangat mudah dan menjadi! mmg gumbira sgt sebb maya bukan reti bab-bab buat kek ni sebenarnye. Resepi ni maya dpt kat  SINI dan cara buat topping dkt SINI


Bahan untuk kek coklat

Bahan A 

1 ½ cawan serbuk koko ( tak kisah jenama apa pun ) 
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat


Bahan B 
 
1 ½cawan tepung gandum 
1 sudu teh bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
3 biji telur (suhu bilik)



Cara-cara 
 
1. Masak Bahan A dalam periuk sampai sebati. Api kecil. Sejukkan.
2. Pukul telur sampai betul2 kembang (lebih kurang 5 minit ++) kemudian masukkan bahagian A.
3. Masuk esen vanilla. Pukul sampai sebati.
4. Masuk bahagian B sedikit demi sedikit. (seelok2nya tepung, bikarbonat dan baking powder diayak bersama terlebih dahulu). kacau sebati selama 5 minit ++
5. Masukkan adunan dalam loyang dan ikat dengan beg plastik. Boleh juga pakai kertas foil. Papepun pastikan wap air tak boleh masuk dalam adunan. 



contoh guna plastik...tp maya guna aluminium foil

6. kukus selama 1 jam 10 minit dengan api yang sederhana. (pastikan air kukusan telah mendidih terlebih dahulu..). Jangan buka penutup kukus sampai cukup masa
7. angkat ... tunggu sejuk baru boleh potong. kalau rajin boleh letak topping..


BAHAN UNTUK TOPPING (Ganache) 


Bahan
 
300 gm coklat masakan ~ dipotong kecil (jenama apa pun xkisah..lagi mahal lagi sodap)
1 sudu besar susu pekat
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar butter
1/4 cawan air panas

Cara:
Panaskan susu cair dan susu pekat dgn kaedah double boiler.
Masukkan coklat masakan dan kacau hingga ianya cair.
Padamkan api dan masukkan butter. Kacau lg hingga cair.
Curahkan 1/2 dr ganache atas kek yg masih panas tadi hingga menutupi keseluruhan kek.
Biarkan lebih kurang 15 - 30 min supaya ganache tadi meresap ke dalam kek.
Panaskan kembali lebihan ganache td (kaedah double boiler) dan masukkan air panas.
Kacau sehingga sebati dan curahkan ke atas kek tadi.
Bila kek dan ganache dah sejuk, bolehlah dimasukkan ke dalam peti ais.
Boleh juga dinikmati ketika suam2 panas.

* mmg agak banyak ganache yg dihasilkan sbb nak kena siram 2x atas kek tu nanti utk menghasilkan kek yg super duper moist 

segala pertanyaan jgn malu-malu tanya maya ye ;)
 p/s: tq mak bantu menjayakan projek ni heheheh

lots of love
maya dhira