Wednesday, December 28, 2011

Saya nak kahwin tapi bagaimana??

Salam semuaaa!! okeyhhh dah-dah jgn berfikiran maya yg nk kawen dalam mase terdekat ni yer....ni adelah satu ringkasan persediaan bagi sesiapa sahaja yang ingin melangkah ke alam maya...opss silapp alam perkahwinan......

pic ni simple tapi mudah difahami..jadi sila-sila lihat dan gunakan...insyaallah menjadi..kekkekekek...(sudi2 la jemput maya yer tok majlis tu...)


klik utk besarkan...

Stage 1: Perkenalan (In a Relationship)

Merisik – wakil dari pihak lelaki (sama ada ibubapa ataupun pakcik) pergi ke rumah ibubapa perempuan untuk bertanya sama ada dia dah berpunya atau belum. Barang yang disediakan ialah cincin belah rotan dan hadiah.

Stage 2: Peminangan (Engagement)

Meminang - rombongan dari pihak lelaki akan pergi ke rumah pihak perempuan untuk meminang iaitu untuk mengikat tali pertunangan. Mereka akan membawa tepak sireh dan secara tradisi ada acara membalas pantun. Sekiranya pihak perempuan bersetuju, maka mereka akan mengambil tepak sireh dan memberi sireh junjung.
Acara berbalas dulang hantaran juga diadakan pada majlis pertunangan ini. Selepas itu ada sedikit jamuan untuk rombongan dan keluarga pihak lelaki.
Daftar Pernikahan (Registration)
Proses pendaftaran mungkin sedikit berbeza mengikut negeri. Antara dokumen yang perlu disediakan termasuklah sijil kursus pra-perkahwinan yang sah, ujian saringan HIV di klinik kerajaan, dan salinan kad pengenalan dua orang saksi.
Persediaan (Preparation)
Persediaan ini disusun mengikut keutamaan dan kepentingan (urgent and important). Kalau buat di dewan, kena tempah awal seelok-eloknya 12 bulan sebelum tarikh nikah.
Antara persediaan lain termasuklah menempah untuk katering, baju pengantin, berkat/cenderahati atau door gift, kad jemputan, jurugambar, pelamin, bilik pengantin, sistem PA, DJ, emcee, silat, kompang serta karaoke atau live band.

Stage 3: Pernikahan (Marriage)

Akad Nikah (Solemnization) – biasanya diadakan di rumah atau masjid. Pihak lelaki perlu menyediakan mas kahwin atau mahar serta cincin kahwin. Selain itu perlu menyediakan wang untuk membayar khidmat pendaftar nikah dan saksi. Selepas itu biasanya ada jamuan ringkas.
Berinai – antara adat orang Melayu dimana pengantin akan bersanding secara bersendirian untuk mengelakkan rasa gemuruh ketika bersanding berdua nanti.
Kenduri Kahwin – ataupun dikenali sebagai Walimatul Urus (dalam bahasa Arab yang bermaksud jamuan makan para pengantin). Antara adat yang terlibat ialah persandingan, menepung tawar dan makan beradap. Selain itu pengantin hendaklah memastikan perkara-perkara yang dirancang berjalan lancar.
Sambut Menantu – iaitu kenduri perkahwinan sebelah pihak lelaki. Hampir sama dengan sebelah perempuan cuma berlainan tempat.
Ziarah (Visit) - menziarahi keluarga terutama datuk, nenek, pakcik, makcik kedua-dua pihak untuk memperkenalkan pasangan.
Berbulan Madu (Honeymoon) – bercuti dan melancong berdua-duaan.

sumber ni maya copy & paste dari SINI (mmg kreatif la mamat nie)


p/s: cmne dah dpt gambaran?? gud luck yer ;)


lots of love
maya dhira

No comments: