Thursday, June 2, 2011

kanak-kanak yang luar biasa!

salam...semua...jom kita baca ape yg maya jumpa dlm internet nie..mmg menarikk sgt!!


Kim Ung-Yong 
Manusia Dengan IQ Tertinggi di Dunia

Lahir pada tahun 1962, kanak dari Korea ini diiktiraf sebagai manusia genius di seluruh dunia. Bayangkan pada umur 4 tahun, dia sudah boleh membaca huruf Jepun, Korea, Jerman dan Inggeris. Pada umur 5 tahun dia mampu memecahkan masalah pada soalan kalkulus. Dia mencatatkan dirinya di dalam Guinness Book of World Records dengan “Highest IQ” 210.

Gregory Smith 
Mendapat Penghargaan Nobel Pada Usia 12 tahun

Lahir pada tahun 1990, Gregory Smith mencatatkan namanya pada Nobel Perdamaian, berkat usahanya dalam mendirikan International Youth Advocates, Komuniti Orang muda seluruh dunia. Dia pernah bertemu langsung dengan Presiden Bush, dan juga Michael Gorbacev.

Akrit Jaswal 
Doktor Bedah berusia 7 tahun 

Akrit Jaswal merupakan kanak-kanak yang berasal dari India dan telah memegang gelaran “budak terpandai di dunia” seawal usia muda. Dia mengejutkan orang awam, ketika pada umur 7 tahun kerana melakukan pembedahan pada seorang gadis di tempatnya. Gadis itu menderita luka bakar di tangannya, hingga tangannya tidak dapat dibuka, dan Jaswal pun melakukan pembedahan hingga jari-jemari gadis itu boleh terbuka seperti sedia kala. Saat ini, dia tercatat sebagai doktor paling muda di dunia dan dia diterima di Universiti pada usia 11 tahun!

Cleopatra Stratan
Penyanyi Berusia 3 Tahun Dengan Gaji 1000 / per-lagu

sgt cute die nyanyiiii!!

Lahir Pada 6 Oktober 2002 di Chisinau. Dia adalah pencatat sejarah di industri muzik sebagai seorang penyanyi, dengan albumnya tahun 2006 La vârsta de trei ani (pada usia 3). Dia mencatat rekod seorang artis cilik yang muncul di atas pentas dengan ribuan penggemarnya. Dia juga menerima penghargaan MTV Award dalam Artis Termuda yang mencetak #1 Hit.

Aelita Andre
Pelukis Berusia 2 tahun

Kanak kelahiran Australia ini, baru berumur dua tahun namun sudah menunjukkan bakat sebagai genius. Dia memiliki sebuah gudang pertunjukkan untuk karya-karya abstraknya. Pada mulanya Mark Jamieson, direktor dari Brunswick Street Gallery di Melbourne’s Fitzroy, tertarik melihat sebuah foto lukisan dari Aelita Andre. Dan dia menginginkan Aelite Andre bergabung dalam kumpulan kerana bakat lukisannya itu. Ketika undangan telah dibuat, dia baru saja menyedari bahwa Aelita adalah kanak yang masih berumur 22 bulan. Namun dia tetap melanjutkan pertunjukannya itu.

Saul Aaron Kripke
Mengajar Havard ketika masih di Sekolah Menengah

Lahir di New York dan meningkat dewasa di Omaha di 1940. Ketika darjah empat dia sudah menguasai aljabar, saat akhir sekolah rendah dia sudah pandai geometri, kalkulus dan falsafah. Ketika sekolah menengah dia memperolehi surat lamaran kerja dari Harvard sebagai pensyarah, namun ibunya menyuruhnya untuk menamatkan sekolahnya dahulu. Kripke dihadiahkan Schock Prize, Nobel Falsafah. Sekarang, dia dinobatkan sebagai Ahli Falsafah terbesar dalam sejarah.

Michael Kevin Keaulus 
Menamatkan Kuliah Di Universiti Ketika Berumur 10 Tahun

Kevin lahir pada tahun 1984 dan dia menyelesaikan pembelajarannya di universiti pada umur 10 tahun. Dan tercatat sebagai Sarjana Termuda. Dia mengajar di universiti pada usia 17 tahun. Namanya semakin popular ketika dia memenangi sebuah kuiz online. Pada 2006, dia mencapai final di tanda burnett / aol perebutan Gold Rush, permainan menguji minda / teka-teki, dan menjadi pemenang pertama 1 juta dalam permainan online tersebut.


Fabiano Luigi Caruana
Grandmaster Pada Usia 14 Tahun

Seorang kanak berwarga negara Amerika dan Itali ini sungguh genius. Pada tahun 2007 dia memperoleh Grandmasternya pada usia 14 tahun 11 bulan 20 hari. Sejarah telah mencatat namanya dalam Grandmaster Termuda. Dan pada bulan April 2009, dia memperolehi Elo rating 2649, dalam usianya yang di bawah 18 tahun, membuatnya sebagai orang yang memperolehi ranking terbanyak, dan menakjubkan hal tersebut dilakukannya sebelum usianya genap 18 tahun.

Willie Mosconi 
Pemain Billiard Professional Pada Usia 6 Tahun

Mendapat gelaran “Tuan Pocket Billiards”. Dia berasal dari Philadelphia, Pennsylvania. Ayahnya seorang pemilik tempat Billiard, namun ayahnya tidak mengizinkannya bermain, dia sering bermain dengan gagang sapu milik ibunya. Ayahnya melihat bakat anaknya kerana dia sering mengalahkan orang-orang yang lebih tua darinya. Antara tahun 1941 dan 1957, dia memenangi BCA World Championship selama 15 kali tanpa pernah kalah sekalipun. Dia membuat berbagai macam 'trik', membuat banyak rekod dan membuat billiard menjadi olahraga yang terkenal.

Elaina Smith 
Penyiar Radio Berusia 7 Tahun

Dalam usianya yang 7 tahun, Elaina telah menjadi penyiar radio dengan pendengar yang melebihi umurnya. Elaina banyak memberikan penyelesaian tentang percintaan kepada para pendengarnya. Bagaimana caranya memutuskan hubungan dengan kekasih, bagaimana caranya untuk membina hubungan yang harmonis dan banyak lagi yang lainnya.


p/s: segala sumber dari internet...

lots of love
maya dhira


2 comments:

Lovely Fieyza said...

aku pecah rekod gak...
makan tak penah kenyang n tido tak penah cukup.. haahahaha.. kira tak??

Maya Dhira said...

erkk hahaha itu noooo komen..wkakka