Thursday, May 26, 2011

lawak di petang hari

salam semua..petang-petang khamis yg lemau jugaklah jom kte bace lawak yg maya share nie....(jgn gelak sorang-sorang ye)


Jelingan ayah

Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu.  Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai, kalau aku mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula.

Suatu hari, aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib.  Ketika sedang rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya. Aku yang 'konon'nya ingin membantu,terus menarik kain yang tersepit itu.  Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku.  Aku pun faham maksudnya itu, lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi,melatah lah tok imam tadi. Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan tok imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah mengheret aku balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung aku dirotannya.


Moral : Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung tok imam



Kenapa tak ketawa

Dalam sebuah pertunjukkan lawak, sekumpulan pelawak terkenal membuatkan seluruh dewan gamat dengan gelak ketawa. Penonton tidak henti-henti ketawa sebaik anggota kumpulan itu muncul hinggalah selesai persembahan.

Bagaimanapun, ....

dalam keriuhan itu terdapat seorang wanita yang hanya mendiamkan diri seolah-olah tiada apa yang menggelikan hatinya. Bahkan sikap berdiam diri wanita ini membuatkan penonton lain kehairanan.

Oleh kerana merasa tidak puashati.. seorang gadis segera bertanya kepada wanita tersebut sebaik saja persembahan pelawak2 itu selesai.

" Apakah persembahan mereka tidak kelakar ? " tanya seorang gadis kepada wanita itu.

"Sungguh kelakar,"jawab wanita itu singkat.

"Tetapi kenapa kakak tidak ketawa? Apakah kakak sakit gigi? "tanya gadis itu lagi.

"Tidak..", jawab wanita itu.

"Kalau begitu, apakah alasannya yang buat kakak tak mahu ketawa", gadis itu masih tak berpuashati

"Habis, kau ingat elok sangat ke mentertawakan suami sendiri di khalayak ramai? " getusnya.


Salah Tafsir

Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang begitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak..

"Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini kedalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2."

Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu.

Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2 muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.

"Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu
tunjukkan sebentar tadi??"

Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,

UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN...MINUMLAH ARAK...


Don't Worry

Masa aku balik dari Singapore menaiki keretapi adalah tiga orang yang duduk bersama, dua didepan aku satu kat sebelah. Yang kat depan aku ni, orang American dan disebelahnya orang Cuba. Sebelah aku pulak orang Bangladesh. Dalam perjalanan tu kami pun berborak-boraklah pasal negara sendiri...borak punya borak, tiba-tiba si American ni pun keluarkan duit dollar dia lalu dibakarnya, dikeluarkannya sebatang rokok lalu dibakarnya rokok itu dengan duit tadi, lepas tu dibuangnya duit itu keluar. Terkejutlah semua melihat kelakuan Mat salleh tu tadi... bertanyalah si orang Cuba tadi "Why you do that for?". Dengan selamba mat salleh tu menjawab "Don't worry, I got a lot american dollar in my country".

Tercengganglah masing-masing. Belum habis tercenggang..si Cuba ni pun tiba-tiba mengeluarkan sebatang curut (curut Cuba adalah antara yang termahal didunia) lalu dinyalakannya. Belum sempat beberapa sedut.. terus dia membuangnya keluar tingkap..."Why you do that for" kata american tadi... "Don't worry, i got a lot cigar in my country".

Terkejutlah aku dibuatnya. Masa tu aku tengok Bangladesh tu tengah pikir apa nak dibuat pulak. Masa dia tengah fikir. Aku pun apa lagi... tangkap Bangla tu terus aku campak ke luar tingkap....belum sempat dia orang tanya  lagi aku pun cakap lah..., 

"DON'T WORRY, I GOT A LOT BANGLADESHIS IN MY COUNTRY"


Kucing

Seekor kucing kepunyaan seorang pakar konselor menyusup masuk pasar jualan ikan dan mencuri seekor ikan tenggiri..

Penjual ikan lalu pergi ke pejabat pakar konselor tadi dan bertanya: "Kalau seekor kucing yang dilepas dan mencuri seekor ikan tenggiri dari kedai saya, apakah saya ada hak untuk menuntut ganti rugi dari pemiliknya ?" "Tentu saja!" jawab pakar konselor... Penjual Ikan bersorak kegembiraan "Bagus... kalau begitu encik harus membayar saya RM 10.00 untuk seekor ikan tenggiri yang dicuri oleh kucing encik dari kedaisaya tadi pagi." 

Pakar konselor tanpa sepatah katapun terus membayar RM10.00 kepada penjual ikan tersebut... Keesokannya ketika penjual ikan mengambil surat dari petisurat rumahnya..dia bertemu sekeping surat dari pakar konselor tersebut... kandungannya: "RM 200.00 untuk perkhidmatan kaunseling""


lots of love
maya dhira



No comments: