Monday, June 2, 2014

Resepi: Kek Coklat Kukus Sedap & Mudah!

Salam semua.. hari ni maya nk share resepi yg maya dah cuba last week. Semangat nk buat kek ni sebb ada sedara mara dtg rumah parent maya. Punya gigih jumaat lepas masa rehat pegi Alamanda cari bahan. Naseb baik Alamanda gan rumah maya xjauh lepas beli barang terus blk rumah buat kejap. 

Sampai rumah frust!! saiz kukusan maya lebih kecik dari bekas yg nak guna buat kukus! termenung jap haishhh cmne ni barang dah ade..korek punya korek akhirnye maya jumpe gak bekas yg boleh muat kukusan maya. 

Hasilnye taraaaa!!!



buat 2 layer..tgh-tgh ade strawberi..nyum nyum!

Sangat mudah dan menjadi! mmg gumbira sgt sebb maya bukan reti bab-bab buat kek ni sebenarnye. Resepi ni maya dpt kat  SINI dan cara buat topping dkt SINI


Bahan untuk kek coklat

Bahan A 

1 ½ cawan serbuk koko ( tak kisah jenama apa pun ) 
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat


Bahan B 
 
1 ½cawan tepung gandum 
1 sudu teh bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
3 biji telur (suhu bilik)



Cara-cara 
 
1. Masak Bahan A dalam periuk sampai sebati. Api kecil. Sejukkan.
2. Pukul telur sampai betul2 kembang (lebih kurang 5 minit ++) kemudian masukkan bahagian A.
3. Masuk esen vanilla. Pukul sampai sebati.
4. Masuk bahagian B sedikit demi sedikit. (seelok2nya tepung, bikarbonat dan baking powder diayak bersama terlebih dahulu). kacau sebati selama 5 minit ++
5. Masukkan adunan dalam loyang dan ikat dengan beg plastik. Boleh juga pakai kertas foil. Papepun pastikan wap air tak boleh masuk dalam adunan. 



contoh guna plastik...tp maya guna aluminium foil

6. kukus selama 1 jam 10 minit dengan api yang sederhana. (pastikan air kukusan telah mendidih terlebih dahulu..). Jangan buka penutup kukus sampai cukup masa
7. angkat ... tunggu sejuk baru boleh potong. kalau rajin boleh letak topping..


BAHAN UNTUK TOPPING (Ganache) 


Bahan
 
300 gm coklat masakan ~ dipotong kecil (jenama apa pun xkisah..lagi mahal lagi sodap)
1 sudu besar susu pekat
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar butter
1/4 cawan air panas

Cara:
Panaskan susu cair dan susu pekat dgn kaedah double boiler.
Masukkan coklat masakan dan kacau hingga ianya cair.
Padamkan api dan masukkan butter. Kacau lg hingga cair.
Curahkan 1/2 dr ganache atas kek yg masih panas tadi hingga menutupi keseluruhan kek.
Biarkan lebih kurang 15 - 30 min supaya ganache tadi meresap ke dalam kek.
Panaskan kembali lebihan ganache td (kaedah double boiler) dan masukkan air panas.
Kacau sehingga sebati dan curahkan ke atas kek tadi.
Bila kek dan ganache dah sejuk, bolehlah dimasukkan ke dalam peti ais.
Boleh juga dinikmati ketika suam2 panas.

* mmg agak banyak ganache yg dihasilkan sbb nak kena siram 2x atas kek tu nanti utk menghasilkan kek yg super duper moist 

segala pertanyaan jgn malu-malu tanya maya ye ;)
 p/s: tq mak bantu menjayakan projek ni heheheh

lots of love
maya dhira




2 comments:

Ili Syazwani said...

ok,,nanti blh try..dulu penah buat x menjadi pastu x kuasa nak buat lagi dah..haha

Maya Dhira said...

hahhaha...insyaallah menjadi wey..aku first time wt menjadi dah...sronok!