Salam...ini fakta yg maya baru tau...maya nk share ngan korang...sumber maya ambil dari internet (belog dokter haiwan...mmg seronok bila die update pelbagai post tentang penjagaan kucing)
----------------------------------------------------------------------------------------------
Kucing ada AIDS?????. Benar memang ada masalah sindrom kurang daya tahan penyakit pada kucing.Penyakit ini disebabkan oleh jangkitan virus - Feline Immunodeficiency Virus. Dan biasanya ia dirujuk sebagai 'FIV'.
Ia boleh menyebabkan lemahnya sistem pertahanan badan untuk melawan penyakit. Tanda-tanda klinikal yang sering kelihatan adalah sistem imun yang lemah, anemia, rendah bilangan sel darah, jangkitan pada gusi dan mulut, kanser dan masalah saraf.
FIV adalah sejenis virus retrovirus yang hampir serupa dengan virus AIDS pada manusia. Tapi, ia tak menjangkiti manusia. Sebaliknya ia hanya melibatkan kucing sahaja. Ia boleh merebak daripada seekor kucing kepada kucing yang lain melalui pergaduhan atau gigitan. Ia juga boleh menjangkiti anak2 kucing yang baru lahir melalui susu ibu yang menghidap penyakit ini.
Kucing2 yang dilepas bebas keluar dan 'bersosial' adalah lebih berisiko untuk mendapat penyakit ini.
Selalunya penyakit ini menpunyai 3 fasa jangkitan :
1. Fasa pertama
Fasa akut yang melibatkan banyak simptom atau tanda klinikal. Contohnya jangkitan pelbagai jenis penyakit, demam dan juga pembesaran nodus limfa.
2. Fasa kedua
Fasa subklinikal yang boleh berlaku selama beberapa bulan atau boleh makan bertahun. Pada fasa ini, kebanyakkan kucing nampak macam sihat atau memang kelihatan sihat.
3. Fasa ketiga
Fasa jangkitan kronik. Dikenali juga sebagai fasa terminal atau fasa akhir. Biasanya kucing menunjukkan reaksi tiada respon terhadap ubat-ubatan, sistem daya tahan penyakit mula menjadi lemah dan mula muncul pelbagai jenis penyakit.
Biasanya 1 hingga 14% kucing dalam populasi memang menghidapi penyakit ini. Penyakit ini juga biasa wujud dengan 'kawannya' - Feline Leukemia (FeLV)
jgn sedih..nnti kte g klinik ye... |
Apa yang selalunya vet lakukan bila berhadapan dengan masalah ini?
Biasanya ujian diagnostic akan dilakukan untuk kenal pasti penyakit ini .
1. Sejarah perubatan yang lengkap akan cuba diperolehi, dan juga pemeriksaan fizikal akan dilakukan.
2. Ujian ELISA perlu dibuat untuk mengesan kehadiran antibodi terhadap penyakit ini. Biasanya antibodi bagi penyakit ini akan dikesan melalui darah atau saliva.
Keputusan ujian bagi anak kucing yang berumur 6 bulan ke bawah adalah tidak dipakai kerana dalam badan anak kucing ini mungkin masih ada sisa2 antibodi maternal. Maksudnya, kemungkinan ibu kucing menghidapi penyakit ini. Antibodi terkandung dalam susu. Dan bila ujian dilakukan ke atas anak2 kucing bawah umur 6 bulan ini, akan kelihatan tanda2 positif wujudnya antibodi terhadap penyakit FIV. Selalunya antibodi maternal akan lesap atau hilang daripada badan anak2 kucing ini bila ia berumur lebih daripada 6 bulan.
Ujian ini juga akan memberi reaksi positif kepada kucing yang telah divaksin dengan vaksin FIV...kerana adanya antibodi FIV dalam darahnya. Jadi, ujian akan dilakukan pada kucing yang tidak pernah divaksin dengan vaksin FIV dan ujian perlu dilakukan sebelum suntikan pertama vaksin FIV.
Ujian kedua perlu dilakukan ke atas sampel2 yang positif untuk mendapat konformasi. Ujian berikutnya adalah ujian 'Western bloat' atau 'polymerase chain reaction' (PCR).
Ada ke rawatan untuk penyakit ini?.
Setakat hari ini, tiada rawatan yang betul2 dapat dibuktikan boleh menyembuhkan penyakit ini. Rawatan yang biasa diberikan adalah rawatan sokongan atau pun rawatan2 biasa yang dirasakan perlu.
Apa yang perlu dibuat dirumah sekiranya anda mempunyai kucing yang menghidap FIV?
1. Berikan kepadanya ubat-ubatan yang telah diberi oleh doktor veterinar anda. Seelok2nya, kucing tersebut di bawa ke klinik untuk pemeriksaan berkala dan secara tetap. Berikan penjagaan dan makanan yang baik kepada kucing2 ini.
2. Seelok-eloknya asing kucing yang menghidap penyakit ini dengan kucing yang sihat. Walaupun penyakit ini jarang menjangkiti kucing lain melalui sentuhan biasa, namun risikonya tetap ada. Elakkan kucing yang positif ini keluar rumah. Ini dapat merendahkan kadar jangkitan kepada kucing2 diluar sana.
Bagaimana nak elakkan kucing korang daripada kena penyakit ni?
1. Jangan biar kucing anda lepas bebas untuk bersosial atau merempit sesuka hati.
2. Buat ujian kepada kucing2 yang baru korang dapat. Pergi ke klinik dan jumpa vet untuk dapatkan khidmat nasihat.
3. Vaksin kucing anda.
4. Mandulkan aje kucing jantan anda. Ini akan mengelakkan dia mencari pasal diluar yang akhirnya akan diakhiri dengan pergaduhan - 'lu langsi lu mati!!!'...hehehehe
Hah...itu je....semoga anda dan kucing anda hidup bahagia :)
p/s: sekarang sedang semangat nk bela kucing yg ade kt rumah tu...
lots of love
maya dhira
No comments:
Post a Comment