Friday, June 6, 2014

Star Cruise Libra : Penang - Phuket - Krabi - Penang


Salam semua..
Plan naik kapal ni sebenarnya spontan. Masa maya berpantang keguguran tu..perasaan rasa down sgt..terasa nak pergi tenangkan hati. en. fb pun setuju aja bila maya ajak pergi berjalan asal kan maya happy. 

Kebetulan masa tu AA tgh buat promo tapi xla semurah mana..maya siap ckp kt en. fb nk pergi mana erk?? Pulau Redang dan Pulau Perhentian maya dah pergi. Ala xsyok la pergi lagi kalau boleh nak tempat yg xpernah sampai.

Mungkin rezeki kami maya terbaca yg Matta Fair akan berlangsung hujung minggu tu. Tapi masalahnya maya tgh berpantang tak larat la nk pegi. Maya pun google tgk promosi yg ada tapi masih blur nk pegi mana?? xnk la jauh sgt sebb kami nk simpan juga duit utk baby akan dtg mane tau lekat cepat ke kan ;)

En. fb bg idea naik cruise sebb dia pernah naik dari Singapore ke Phuket..maya pada mulanya mcm ermmm alaa..ermm tgklah dlu cmne hahhaha... itu sebelum maya tgk promosi yg star cruise buat tau! 

RN Global Holidays (maaf kene perbaiki kualiti servis)

Promosi ni sempena Matta Fair : BUY 1 FREE 1 menggoda sungguh tau! mcm murahh je...yg xtahan tuh berpantang dgn kain batek dan stokin dok sibuk menghadap laptop.

Maya google search dan call agent-agent sebb maya nk tgk harga mana yg berpatutan. Kebanyakkan agent yg sediakan pakej ni agent company cina..tp layanan mereka bagus. Kebanyakkan agent yg maya call semua kata yg plg murah dah abis kalau nk gak kene ambk yg mahal sikit.

Harga pakej mengikut saiz bilik dan aras bilik tu. Makin tinggi aras dan makin luas bilik tu harga pun meningkat (paham ke dak ayat aku ni hahha). Bagi bilik RM1620 (ini harga xtermasuk fuel dan ape tah yg kene tambah RM196 sorang) bilik ni di deck 2 atau 3 dan bilik xde tingkap. Contohnya utk promosi kat atas ni RM1620 - buy 1 free 1 tapi kene tambah RM196x2 jd harga sebenar patut dibayar ialah RM2012 utk dua orang tapi tetap berbaloi lagi.

Agent terakhir yg maya contact ialah agent yg dlm gambar promosi dekat atas ni. Maya xpasti company melayu or cina..tp yg handle tu lelaki melayu..maya siap tanya bilik plg murah ada lagi x? dia kata ada..tp maya ckp kat dia cuba u cek dlu betul-betul.. xlama tu dia cek dah kata maaf dah habis dan kalau nk jugak harga tambah lagi.

Dah bengang part tu sebb dah lama whatsapp xbalas-balas..kene msg dua kali baru nk reply itu pun siap mention sy mmg serius nk tempah ye!.. okey masa tu terima lagi kata mungkin sibuk kot... tapi adoi dah terlepas harga murah! tapi fikir tambah seratus dua lagi xpelah..

Bila urusan deposit dan agent dah terima xde pun ape-ape resit half pembyaran ke diterima. Bila tanya senyap pulak.masa tu maya cuak gak tapi biarkan dlu bila nk dekat dgn tarikh pergi baru nk follow up blk. Maya saja xnk bayar full masa tu risau gak takut kene tipu ke kan sebb maya xpegi pun jumpa agent tu semua deal guna msg dan email je.

Dua minggu rasanya sebelum berlayar baru kalut agent tu email maya minta buat lagi half pembayaran. Rupenye die org xde contact number maya nk maklumkan benda ni..haish naseb aku cek email hari-hari. Katanya mereka berpindah ofis jadi keadaan agak huru-hara. Bila full payment dia ckp nnti dia akan maklumkan bila confirmation slip dah keluar. Lagi sekali hampeh bila maya followup baru la kata ye dah terima kejap lagi sy emailkan.

Segala penerangan formal melalui email tp mmg xsyok sebb maya baca blogger-blogger lain yg dah pergi..travel agent die org siap xplen macam-macam lagi. Agent ni hampes semua maya kene google sendiri atau tanya dia akan jwb "nanti sy check dlu".


* Maya baru terjumpa blog agent lain yg INI info dlm ni agak menarik sebb dia bg semua detail. 


Kebetulan ada iklan dkt Utusan Malaysia hari ni
siap ada no contact agent lagi




Tips:

- Pergi sendiri Matta Fair dan bandingkan harga terus...selain tu tanya harga bersih sebb takut ada caj tersembunyi.

- Nak save bajet ambk bilik paling murah yg xde tingkap sebb atas kapal korang akan melepak kat area luar dari bilik.

- Naik masa buka peak season sebb harganya lagi murah

- Harga beli direct gan Star Cruise dkt SINI lebih mahal sikit berbanding dgn travel agent.

Lain-lain tips maya akan update next entry.

p/s: rasa travel agent cina lagi cepat je buat kje..minta quotation ke..dpt invois ke cpt je..


Tapi apa pun kami enjoy masa berlayar..pengalaman yg menarik!


lots of love
maya dhira












3 comments:

Jari Manis said...

akak JM pun teringin nak naik Cruise tu TAPI masalah berkaitan agent yg boleh bagi servis yg tip top tu susah...Kalau Maya dpt agent yg lembab mcm tu...lepas ni perlu blacklist lah ye..

So kesimpulan nya mmg bes lah ek naik Cruise..bila nk story mory pengalaman tu :-)

puanstoberi said...

Ha... igt tak akk yg Maya emel tu hari pasal SC nih. Huhu..

Guna travel agent eh?
Akak tu hari ngan asben - gamble je takde agen - direct ngan SC nyer sykt terus :)

Bes arr.. rasa nak repeat dari Spore lak pas ni..

Fiza said...

salam hai kak "ida reen", saya fiza, mcm mana nk dapatkan contct compny untuk tya detail semua,nak call takut salah agent n cmpny,,hihihi,, boleh x bg cntct no compny tu ,,tq kak