Thursday, February 2, 2017

Resepi : Ayam Paprik





Salam semua!
Semenjak kawen ni maya agak rajin memasak tp bab baking2 masih out sebab maya bukan peminat dessert. Jadi hari ni maya nk share kn masakan simple tp jd febret en. fb dan maya.


Bahan2 :

Isi ayam/ ayam potong 16
Halia (buat anggaran sendiri...tp maya suke je buh byk)
Serai (anggaran lagi byk lagi wangi)
daun limau purut (anggaran sendiri tp terlalu byk boleh jd pahit)
Sayur2 (brokoli, kacang panjang, carrot atau lebih afdal ikut suke korang nk buh apa)
tomato
bawang merah dan bawang putih
cili padi (utk pedas)

cili boh (terpulang)
sos tiram
sos cili
sos tomato
tepung jagung (jika perlu utk pekatkan)


Cara-cara:

Bersihkan ayam kemudian tos kan..masukkan ayam dlm kuali/periuk letak serai dan halia masak biar dia keluarkan air ayam..kalau kering tambah air (biar air lebih sikit pun xpe sebab nk buat kuah)...rebus sampai masak tapi kalau nk half cook pun boleh bila dah siap tutup api dan biar kan dulu.

Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau masukkan daun limau purut dan cili padi yg ditumbuk sikit..kemudian masukkan cili boh ikut kepedasan korang..masak hingga pecah minyak hampir2 kering kira masak betul2 la.. lepas tu masukkan sos tiram, cili sos sikit, sos tomato masak hingga nampak garing masukkan ayam dan kuah rebusan ayam tadi..

Kalau rasa terlalu banyak kuah jadi cair tambah apa yg patut..mcm sos tiram ke..balancekan rasa kalau nk masam lagi tambah sos tomato dan masukkan tomato. Masak hingga mendidih dan biar lama sikit kalau nk pekat..yg penting balancekan rasa kalau masak lama tp xpekat gak masukkan tepung jagung sikit yg dicampur air masak dan masak sikit hingga sebati.

Rasa dulu kalau okay semua xperlu letak garam gula dah. Semua sayur biasanya maya steam lepas tu baru campur dgn paprik yg dah siap bagi nk kekalkan sayur fresh dan manis lagi2 carrot. 

Sekian hope korang pahamla hehe.. sebarang pertanyaan bolehla komen je atau komen kt insta maya utk fast reply hehhe


Lots of love
mayadhira




No comments: