Salam semua! seperti yang kita ketahuiii Ombak Rinduuu (Novel) menjadi sgttt femes masa zaman keluarannye sehingga 23 kali cetakan dibuat...wauuu hebat xhebatt novel tu...ia diadaptasi dari penulisnye Fauziah Ashaari, mengikut penulis tersebut novel tu berdasarkan cerita mengenai perogol jatuh cinta dgn mangsa (rasanye dlm paper die ade bgtau cmtu..kalo salah fakta sory erk)... zaman tu maya pun pernah bc novel ni..jd maya boleh bayangkan jalan cerita cite ni..
ini bukunye...xpasti sekarang keluaran die cover die masih same ke x
bg penangan filem pulak xkurang hebatnye dgn novel sebb smlm maya pergi tgk dkt alamanda...mula2 die bukak 1 kaunter je pukul 11.25mlm tok cite ni..tup2 bila tgk kt on9 dlm kul bp tah xpasan mase tu tayangan cite ni dah ditambah iaitu 1 lagi untuk 11.25mlm dan 2 bilik tok 12.30mlm...mmg terkejutz maya......
Berikut merupakan Sinopsis Filem Ombak Rindu
Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.
Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia (Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?
Pelakon
Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani, Bront Palarae, Julia Ziegler, Azizah Mahzan, Zaidi Omar, Normah Damanhuri dan ramai lagi..
gambar beberapa scene dalam filem Ombak Rindu ni.
opss!! yg xcukup 18 tutup mate erk..kekkekkekek
pendapat maya mengenai filem ini:
1. tahniah Aaron aziz dan maya karin mmg lakonan bg maya agak menjadi walaupun dulu xbp nk puas ati ngan pemilihan maya karin sbg izzah..pelakon2 yg lain pun okey jugak..
2. canteknye maya karin bertudung mcm dlm filem tu....mmg cantek...
3. lisa surihani okeylah berlakon jd jahat tp xbp nk sampai dlm hati maya sebb muka die baby face..xnampak jahat seperti yg maya bc dlm novel
4. beberapa scene xabis ckp lagi dah tukar yg lain..mmmgggg aku xgemar!! teruk sgt!
5. cmne erk nk ckp..bila satu scene ke scene yg lain tu laju sgt kadang2..
6. lagu mmg sedap dan mendayuu2~
7. mungkin ni filem soo xcukup mase...cite ni agak pendek sebb sepatutnye die bgtau ape jd ngan pakcik izzah, mak harris dan parent betul harris....dlm novel ade part tu...
8. sesetengah part tu mmg sayuuuu je..nasib baik maya x menangis langsung kekkekekke...cozin maya yg menangis hehehhe...
9. oleh kerana maya suke kucing maya xpuas ati yg kucing die xbwk sekali bila kne halau...(tp bkn kucing die mati ke sepatutnye?) hahahah sory erk komen byk sgtt...
selebihnye tu kalau maya ingt maya bgtau erk......star yg harus dibagi ialah..............................**** 4star!! tahniahhhh......meh layan lagu2 ombak rindu dulu...(jgn menangis hehhe)
Salam semuaa!! selamat ptg....minggu lepas maya pergi tgk cite "KONGSI" dgn semangatnye!! almaklumlah pelakon kegemaran ramai yg berlakon kn....smpai makcik2 pun nk wt sam tu menantu..hehee tp cite tu mmg wt maya frust menonggengg gile! sebab maya ingt best tp _ _ _ _ _sendiri paham la kn? xpe kpd farid kamil selamat mencube lagi...maya hanya leh bg 3 bintang je. Sebelum start cite tu adela iklan2 mcm biase..soo yg menarik perhatian maya ialah..jeng jeng.....!! abg hencem berlakon!! aaron aziz =) hhehhe...lagipun nampak mcm menarik je cite nie...xsabar nk tgk Jun nnti.........
Mengisahkan cerita hitam dua beradik; Malik dan Jai yang telah terjebak dalam dunia gangsterisme. Malik (abang Jai) telah dipenjarakan selama 5 tahun akibat dikhianati oleh kumpulannya sendiri yang didalangi oleh Shark, anak tiri King iaitu ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di KL. Setelah dibebaskan, Malik bertekad ingin berubah serta menjauhkan diri dari kehidupan hitam sebagai ahli kongsi gelap.
Malik menjalani rutin kehidupan seperti orang biasa yang lain sambil menjaga ibunya yang sudah tua tapi sebagai bekas banduan yang dipandang serong oleh masyarakat adalah agak sukar dia menjalani kehidupan seperti biasa. Beliau sering diganggu oleh gangster-gangster lain yang masih berdendam dengannya sehingga King tampil menghulurkan bantuan untuk Malik memulakan kehidupan baru.
King mengarahkan orang-orangnya supaya tidak menganggu kawasan Malik dan ini amat tidak disenangi oleh anak tirinya Shark yang ingin menjadi "Raja" di KL. Berlainan pula dengan kehidupan adiknya Jai yang masih hanyut dibuai kemewahan hidup di dalam dunia gangster. Bagi Jai kemewahan hidup adalah segalanya dan ini hanya boleh dicapai dengan dunia hitam yang diceburinya sekarang. Dia sanggup melakukan apa saja demi wang dan kuasa. Jai antaraorang kuat Shark dalam apa saja misi yang Shark lakukan. Jai lah orangnya yang akan tampil ke depan untuk merealisasikan apa jua yang diarahkan Shark. Sayap Shark semakin berkembang tetapi dengan kemunculan Malik, Shark terasa tergugat dan tercabar.
Berbagai cara dilakukan untuk menjatuhkan Malik tetapi sentiasa dipatahkan oleh ayah tirinya King yang sering membela Malik yang dianggap sebagai sahabat lama yang sudah banyak berjasa. King kurang senang dengan kerenah Shark yang sentiasa mencetuskan perbalahan yang membabitkan kumpulan-kumpulan gelap yang lain. Ini membuatkan hubungan anak beranak ini semakin dingin.
Dalam diam dan dek terlalu tamakkan kuasa, Shark mula berdendam dengan ayahnya dan bagi Shark, Maliklah punca segalanya. Shark mengarahkan Jai untuk menghapuskan abangnya. Di sinilah bermulanya konflik antara kesetiaan keluarga dan kumpulan. Nyawa atau harga diri. Dimanakah penghujung pertempuran mereka?
Segala-galanya akan terjawab dalam "KL GANGSTER" - 9 JUN 2011
parent maya org kelantan jd mmg selalu la lalu karak masa nk blk kg. Bg maya kalau mlm mmg menakutkan..lagi-lagi jalan lama. Seingt maya mase kecik selalu je pura-pura tido kalo rase takut..xpun maya akan duduk dkt2 ngan parent maya dlm keta tu (duk kt tgh2 antara 2 ruang sit dpn) sebab selalu dgr org cerita hantu kt jalan-jalan nk blk kg..terutama karak...
Filem arahan Yusry KRU menghimpunkan kisah seram dan hantu ‘urban legend’ menarik pada era 80-an, 90-an dan tahun 2000 yang menjadi buah mulut orang ketika itu.
lakonan Shahir AF8, Shhera Aiyob, Along, Eyziendy, Kilafairy dan Sidek Husin..filem ni mmg kisah benar kebetulan dialami sendiri oleh norman kru yg hampir kemalangan akibat ternampak hantu..Ia akan ditayangkan pd bulai Mei 2011
Sinopsis Filem Karak - Laluan Puaka
Empat pelajar kolej sedang menuju kembali ke Kuantan selepas bermalam di KL dan mereka terperangkap dalam kesesakan lalulintas yang teruk sepanjang Karak Highway.
Oleh kerana mereka mempunyai kelas pada keesokan awal paginya, mereka membuat keputusan untuk keluar dari lebuhraya dan meneruskan perjalanan mereka menggunakan jalan lama. Mereka tidak mengetahui bahawa keputusan ini akan mengubah hidup mereka selamanya.
p/s: mmg semangat nk tgk cite nie hehhehe tp en. fb dah pesan..kalau nk tgk cite ni jgn ajak die..(takutlah tu..mentang2 nk blk kg lalu gak situ) ahhaha
salam semua!! maya sebenarnye nk tnye dkt korang la..ade x sesiapa dah tgk cite nie? sebab maya rase mcm best je...nk tgk...tp riso xbest...jd sape2 yg dah pernah tgk..share la ngan maya ye...
SINOPSIS SINI ADA HANTU
Sini Ada Hantu bermula apabila dua orang pemandu van, Ah Meng dan Bakri yang telah ditugaskan pada saat akhir menghantar mayat datuk kepada majikan mereka di sebuah kampung dimana mereka perlu sampai ke destinasi keesokan paginya. Pada mulanya mereka menolak tapi apabila ditawarkan dengan upah yang lumayan mereke bersetuju.
Semasa dalam perjalanan, radio van tidak berfungsi bagi menghilangkan kebosanan dan rasa mengantuk, mereka berdua bercerita tentang kisah seram yang pernah mereka dengar. Bakri memulakan kisahnya ‘Hantu Pokok Pisang’… kisah wanita cantik yang menjelma dari pokok pisang.
Ah Meng mentertawakan Bakri dan mengatakan hantu melayu tak logik , Ah Meng mula menceritakan kehebatan hantu Cina pula ‘Hantu Nombor Ekor’ Kisah empat lelaki yang mengalami masalah kewangan lalu memuja roh untuk memberikan pertolongan dengan memberi nombor ekor.
Apabila Ah Meng habis bercerita, Bakri memberitahu Ah Meng cerita hantu cina lagi tak logik. Bakri memberitahu Ah Meng yang dia mempunyai cerita lain, tapi kali ini cerita ini mengisahkan hantu dari luar negera.
Ah Meng mula bercerita tentang seorang pelajar, Yakob yang dipindahkan ke sekolah baru kerana masalah disiplin. Yakob kemudian mendapati mereka semua takut pergi ke tandas di waktu malam kerana dipercayai tempat tersebut pernah dijadikan pangkalan tentera Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua. Jelmaan hantu Jepun sering berkeliaran pada waktu malam.
Ketika Ah Meng ingin menceritakan kisah hantu yang lain, van mereka yang melalui ladang kelapa sawit yang gelap-gelita itu tiba-tiba rosak. Ah Meng terpaksa mencari bantuan, sementara Bakri menunggu keranda tersebut. Apabila Ah Meng kembali ke van tanpa bantuan yang sepatutnya, sesuatu telah berlaku…
Apa yang terjadi pada Ah Meng dan Bakri?Berjayakah mereka menyelesaikan tugas mereka? Apa yang telah berlaku?