Showing posts with label honeymoon. Show all posts
Showing posts with label honeymoon. Show all posts

Thursday, June 26, 2014

Star Cruise Libra : Penang

Salam semua..

Okey jom sambung!!

Kami malas nk drive jadi kami guna driver AA ke Penang.


en.fb eksited dgn KLIA 2

Sampai sane baem kwn kami berdua dah tunggu dan siap bwk pi makan kt Restoran Tajuddin Hussain sebelum check in dkt Tune Hotel (save kos tido semalam). 


sedappp rasa nk lagii!! papadom pun rasa rempah...nyum2!

Baem ade tanya xkecik ke bilik kat situ?? maya dgn konpiden jwb alah semalam je xpe punya..sebb kebiasaan bilik yg maya tempah agak besar utk berdua. Bukak je pintu bilik...........mak oiii keciknye!! ahhahahah baru terkenaaa~ 

rupenya kalau bilik yg xde tingkap mmg agak kecil berbanding yg ada tingkap tapi masih okeyla dgn harga yg ditawarkan dan paling penting sekalii katil empuk!! hhaahaha


bukak je pintu...tadaaa!!




seee kecik je...owh ye kami xtambah aircond pun..kipas pun dah cukup sejukk


Selesai solat semua..kami lepak lak gan kwn faka..maya bkn main terujaa sebb dah lama xjalan-jalan area Penang ni.


pakcik ni pengumpul baju hard rock 

makan dekat kapitan...so so je..tapi ramai orang dan servis agak lembabs



Balik tdo terus eksited nk berlayar esk nya..


kos flight
RM174 utk pergi blk 2 org x termasuk makan dan luggage

penginapan
RM46.60 semalam (bilik xde tingkap hanya add on towel + toiletries kit utk seorang)

makan
free orang belanja

pengangkutan
free orang ambik hantar


Next entry hari pertama trip ;)


lots of love
maya dhira





Friday, June 6, 2014

Star Cruise Libra : Penang - Phuket - Krabi - Penang


Salam semua..
Plan naik kapal ni sebenarnya spontan. Masa maya berpantang keguguran tu..perasaan rasa down sgt..terasa nak pergi tenangkan hati. en. fb pun setuju aja bila maya ajak pergi berjalan asal kan maya happy. 

Kebetulan masa tu AA tgh buat promo tapi xla semurah mana..maya siap ckp kt en. fb nk pergi mana erk?? Pulau Redang dan Pulau Perhentian maya dah pergi. Ala xsyok la pergi lagi kalau boleh nak tempat yg xpernah sampai.

Mungkin rezeki kami maya terbaca yg Matta Fair akan berlangsung hujung minggu tu. Tapi masalahnya maya tgh berpantang tak larat la nk pegi. Maya pun google tgk promosi yg ada tapi masih blur nk pegi mana?? xnk la jauh sgt sebb kami nk simpan juga duit utk baby akan dtg mane tau lekat cepat ke kan ;)

En. fb bg idea naik cruise sebb dia pernah naik dari Singapore ke Phuket..maya pada mulanya mcm ermmm alaa..ermm tgklah dlu cmne hahhaha... itu sebelum maya tgk promosi yg star cruise buat tau! 

RN Global Holidays (maaf kene perbaiki kualiti servis)

Promosi ni sempena Matta Fair : BUY 1 FREE 1 menggoda sungguh tau! mcm murahh je...yg xtahan tuh berpantang dgn kain batek dan stokin dok sibuk menghadap laptop.

Maya google search dan call agent-agent sebb maya nk tgk harga mana yg berpatutan. Kebanyakkan agent yg sediakan pakej ni agent company cina..tp layanan mereka bagus. Kebanyakkan agent yg maya call semua kata yg plg murah dah abis kalau nk gak kene ambk yg mahal sikit.

Harga pakej mengikut saiz bilik dan aras bilik tu. Makin tinggi aras dan makin luas bilik tu harga pun meningkat (paham ke dak ayat aku ni hahha). Bagi bilik RM1620 (ini harga xtermasuk fuel dan ape tah yg kene tambah RM196 sorang) bilik ni di deck 2 atau 3 dan bilik xde tingkap. Contohnya utk promosi kat atas ni RM1620 - buy 1 free 1 tapi kene tambah RM196x2 jd harga sebenar patut dibayar ialah RM2012 utk dua orang tapi tetap berbaloi lagi.

Agent terakhir yg maya contact ialah agent yg dlm gambar promosi dekat atas ni. Maya xpasti company melayu or cina..tp yg handle tu lelaki melayu..maya siap tanya bilik plg murah ada lagi x? dia kata ada..tp maya ckp kat dia cuba u cek dlu betul-betul.. xlama tu dia cek dah kata maaf dah habis dan kalau nk jugak harga tambah lagi.

Dah bengang part tu sebb dah lama whatsapp xbalas-balas..kene msg dua kali baru nk reply itu pun siap mention sy mmg serius nk tempah ye!.. okey masa tu terima lagi kata mungkin sibuk kot... tapi adoi dah terlepas harga murah! tapi fikir tambah seratus dua lagi xpelah..

Bila urusan deposit dan agent dah terima xde pun ape-ape resit half pembyaran ke diterima. Bila tanya senyap pulak.masa tu maya cuak gak tapi biarkan dlu bila nk dekat dgn tarikh pergi baru nk follow up blk. Maya saja xnk bayar full masa tu risau gak takut kene tipu ke kan sebb maya xpegi pun jumpa agent tu semua deal guna msg dan email je.

Dua minggu rasanya sebelum berlayar baru kalut agent tu email maya minta buat lagi half pembayaran. Rupenye die org xde contact number maya nk maklumkan benda ni..haish naseb aku cek email hari-hari. Katanya mereka berpindah ofis jadi keadaan agak huru-hara. Bila full payment dia ckp nnti dia akan maklumkan bila confirmation slip dah keluar. Lagi sekali hampeh bila maya followup baru la kata ye dah terima kejap lagi sy emailkan.

Segala penerangan formal melalui email tp mmg xsyok sebb maya baca blogger-blogger lain yg dah pergi..travel agent die org siap xplen macam-macam lagi. Agent ni hampes semua maya kene google sendiri atau tanya dia akan jwb "nanti sy check dlu".


* Maya baru terjumpa blog agent lain yg INI info dlm ni agak menarik sebb dia bg semua detail. 


Kebetulan ada iklan dkt Utusan Malaysia hari ni
siap ada no contact agent lagi




Tips:

- Pergi sendiri Matta Fair dan bandingkan harga terus...selain tu tanya harga bersih sebb takut ada caj tersembunyi.

- Nak save bajet ambk bilik paling murah yg xde tingkap sebb atas kapal korang akan melepak kat area luar dari bilik.

- Naik masa buka peak season sebb harganya lagi murah

- Harga beli direct gan Star Cruise dkt SINI lebih mahal sikit berbanding dgn travel agent.

Lain-lain tips maya akan update next entry.

p/s: rasa travel agent cina lagi cepat je buat kje..minta quotation ke..dpt invois ke cpt je..


Tapi apa pun kami enjoy masa berlayar..pengalaman yg menarik!


lots of love
maya dhira












Thursday, May 29, 2014

Honeymoon Trip : Philea Resort & Spa, Ayer Keroh Melaka

Salam semua! entry honeymoon maya update ikut suke-suke hati maya je..x ikut susunan yg sebenar sebb maya malas lagi nk resize gambar. Ni trip pendek ke Melaka. Kami pergi hanya utk satu malam je. Tempat ni mmg sgt chantek!

Kami booking bilik ni dkt Matta Fair last year sebb kebetulan mase tu maya dan en. fb mencari pakej tour Melbourne. Harga yg ditawarkan satu malam agak murah mase kat situ berbanding kalo beli online. Hanya RM399.99 (bilik utk dua org + breakfast).

sumber abg google

sumber abg google

check in





Lepas check in..kami dipelawa naik buggy tok ke bilik..tapiiii buggy tu hanya berkhidmat utk kami mase check in dan check out jek..lain waktu jalan kaki ye.....


romentik abis biliknye

kuat ooo bau kayu bilik ni...fresh!


penimbang berat badan pun ada!







pintu masuk ke tandas






cek sat sape jiran kami kat sebelah


nampak x kolam kecik dlm gambar ni? harga bilik tu semalam 2K lebih tp mcm xde privasi jek!




seliper freee tapi saiz beso sgt!

Malam tu kuar nk jumpe kwn maya satu poly dlu..ami dan hubby. Rasa dah lama sgtt xjumpe lagi-lagi masa ni ami teruja lebih bila dpt tau maya pregnant.


Dinner dekat The Windmill Station

ami & hubby


Pilihan makanan kat sini sgt byk!! sape yg berminat bole cuba
dari segi rasa pun okey..






Balik dari makan kami terus pengsan dah xlarat nk ambk gambar area Philea waktu malam..adoiii rase ruginye!!! sebb kalau malam area situ lagi cantek.

Esoknya kami bangun pagi-pagi tok breakfast dan jalan-jalan area situ. Makanan utk bkfast xsedap sgt dan xbanyak pilihan.


























bilik maya tingkat atas..masa check in siap request nk tingkat atas..naseb die bg..


Kalau tanya nk pegi lagi ke x? sure! nk pegi lagii tapi xnak mkn bkfast kt situ hahahhaha...tempat ni mmg sesuai sgt kalau sape-sape nk mendapatkan ketenangan dan berhoneymoon hihi


lots of love
maya dhira