Tuesday, January 11, 2011

RAHSIA PERSONALITI WARNA MELALUI TARIKH LAHIR

salam semua! jom kita selongkar rahsia seterusnye...tp ingt nie hanya utk suke2..jika betul itu mbye kebetulan ye...


RAHSIA PERSONALITI WARNA MELALUI TARIKH LAHIR 

Sebenarnya banyak rahsia boleh diungkapkan hanya dengan mengetahui tarikh lahir seseorang itu. Okay..kali ini selidik pula personaliti seseorang itu berdasarkan warna yang mewakili tarikh lahir. Malah sikap diri sendiri pun boleh kamu kenali dengan mudahkan? Jadi, sekiranya tarikh lahir kamu jatuh pada 24hb Februari, bermakna kamu mewakili warna kuning. Setelah kenal pasti warna kamu, bolehlah kamu  melihat keperibadian diri kamu menerusi warna tersebut.

23 hingga 1hb Disember - Merah
2 hingga 11hb Januari - Oren
12 hingga 24hb Januari - Kuning
25hb Januari hingga 3hb Februari - Merah jambu
4 hingga 8hb Februari - Biru
9 hingga 18hb Februari - Hijau
19 hingga 28hb Februari - Perang
1hb Februari hingga 10hb Mac - Aqua (Biru kehijauan)
11 hingga 20hb Mac - Lime
21hb Mac - Hitam
22 hingga 31hb Mac - Ungu
1 hingga 10hb April - Biru
11 hingga 20hb April - Perak
21 hingga 30hb April - Putih
2 hingga 14hb Mei - Biru
15 hingga24hb Mei - Emas
25 hingga 3hb Jun - Krim
4 hingga13hb Jun - Kelabu
14 hingga 23hb Jun - Maroon
24hb Jun - Kelabu
25 hingga 4hb Julai - Merah
5 hingga 14hb Julai - Oren
15 hingga 25hb Julai - Kuning
26hb Julai hingga 4hb Ogos - Merah jambu
5 hingga 13hb Ogos - Biru
14 hingga 23hb Ogos - Hijau
24hb Ogos 2hb September - Perang
3 hingga 12hb September - Aqua (Biru kehijauan)
13 hingga 22hb September - Lime
23hb September - Olive
24hb September hingga 3hb Oktober - Ungu
4 hingga 13 Oktober - Biru
14 hingga 23hb Oktober - Perak
24hb Oktober hingga 11hb November - Putih
12 hingga 21hb November - Emas
22hb November hingga 1hb Disember - Krim
2 hingga 11hb Disember - Kelabu
12 hingga 21hb Disember - Maroon
22hb Disember - Teal Merah

MERAH

Selalunya mereka yang mewakili warna merah yang garang ini seorang yang comel dan disayangi ramai. Kamu juga suka disayangi dan menyayangi. Kamu juga sentiasa ceria dan gembira namun kadangkala dilanda 'angin satu badan'! Teman/kekasih yang diingini ialah mereka yang mudah diajak berbincang dan boleh membuatkan dirinya rasa selesa bila berdampingan dengan mereka.

Krim

Ha! Kamu ini seorang yang suka bersaing dalam apa juga bidang yang kamu ceburi dan ingin berjaya. Tapi persaingan secara sihatlah. Kamu juga bersikap suka mendorong orang lain untuk mencapai apa yang diidamkan. Namun kamu cukup takut akan 'kehilangan' sama ada teman ataupun kekasih! Selain itu, sudah tentunya kamu seorang yang ceria selalu! Sebagai seorang kawan, kamu boleh dipercayai 100% dan setia pada janji.Dari segi percintaan, kamu amat berhati hati dalam menjalinkan hubungan cinta dan tak mudah jatuh cinta hingga kamu rasakan menemui seseorang yang benar-benar kamu cintai! Ketika itu, kamu tak perlukan masa yang lama untuk melafazkan sayang!

TEAL (Warna Kayu)

Bukan main lagi kamu ni yek! Tak kira lelaki ataupun perempuan,terlalu menitikberatkan soal kecantikan dan penampilan fizikal diri kamu. Kamu sering melakukan kesilapan dalam membuat keputusan lantaran sikap kamu yang suka sangat ambil mudah terhadap sesuatu masalah. Manakala dalam memilih pasangan, kamu bercitarasa cukup tinggi. Kamu tak akan pilih yang sebarangan saja! Kamu juga suka memerintah dan gemar orang lain menurut perintah kamu. Walau bagaimanapun, sikap kamu yang peramah membuatkan diri kamu punya ramai teman.

Merah Jambu

Kamu akan berusaha sedaya mungkin untuk membuat yang terbaik dalam apa juga yang kamu lakukan serta suka menolong orang lain dan mengambil tahu tentang orang orang di sekelilingnya. Namun kamu sukar untuk dipenuhi keinginannya dan sering saja berpra sangka buruk terhadap orang lain.Dari segi percintaan kamu mengimpikan percintaan yang penuh dengan keindahan semata.

Hijau

Salah satu kelebihan yang kamu miliki ialah cukup pandai menyesuaikan diri dengan orang yang baru di kenali. Mungkin kerana sikap kamu yang tidak begitu pemalu namun dalam tidak sedar kamu boleh membuatkan orang lain kecil hati dengan kata kata kamu saja! Kamu juga ingin diri kamu disayangi dan diberi perhatian penuh oleh kekasih hati. Namun selalunya mereka ini lebih rela maintain single hingga berjumpa dengan jejaka/gadis yang benar benar sesuai untuk dirinya!

Emas

Kamu seorang yang tahu apa yang kamu lakukan, yang mana betul dan silapnya. Kamu juga seorang yang mudah bergaul dengan sesiapa saja dan ceria serta tak suka bersedih biarpun pelbagai masalah yang menimpa. Dalam soal percintaan, kamu sukar berjumpa dengan orang benar-benar kamu sukai tapi sekali kamu menemuinya pasti tidak akan kamu lepaskan begitu saja. Bila sekali gagal, sukar untuk kamu jatuh cinta lagi untuk kali yang seterusnya dalam tempoh yang lama.

Kuning

Kamu seorang yang manis, tenang dan sopan. Sebab itulah kamu dipercayai oleh orang-orang yang ada di sekeliling kamu. Selain itu, kamu juga lebih suka menguasai dalam sesebuah perhubungan termasuklah soal cinta.Kembang semangkuk hidung bila tiap kehendak kamu dituruti oleh si dia! Kamu juga mampu membuat keputusan yang tepat kerana fikiran kamu yang jauh ke depan. Tapi, jangan tak tahu. Kamu ni jiwang karat juga orangnya. Sentiasa saja berminta hal-hal yang romantik bersama si dia. Alahai!

Maroon

Bagi kamu yang mewakili warna maroon ini, kamu digambarkan seorang yang bijak dan tahu apa yang terbaik untuk diri kamu. Namun kamu juga suka melakukan sesuatu itu menurut kehendak dan pendapat kamu sendiri tanpa pedulikan perasaan atau pendapat orang lain. Itulah yang menjadi masalahnya! Dari segi percintaan, kamu cukup sabar dan tidak terburu-buru untuk menjalinkan percintaan. Kamu juga terkenal dengan sikap setia kamu dalam perhubungan!

Oren

Syabas! Kamu ini jenis orang yang berani menanggung segala risiko atas tiap perbuatan yang kamu lakukan. Baguslah macam tu. Kata orang, berani buat beranilah tanggung. Kamu juga bijak mengambil hati orang-orang di sekeliling kamu dan ini membuatkan diri kamu disenangi ramai. Kamu punya matlamat tersendiri dalam hidup yang menjadi target kamu selama ini dan sanggup bersaing untuk berjaya. Menyentuh soal perhubungan, kamu sebenarnya seorang yang sukar untuk mempercayai orang lain tapi bila kepercayaan itu wujud, selamanya kamu akan percayakan dia! Begitu juga dalam perhubungan cinta. Bagi kamu, saling percaya itu amat penting!

Ungu

Amboi! Kamu ini gadis/jejaka misteri rupanya Tak ramai orang yang dapat mendekati diri kamu kecuali orang yang benar-benar kamu percayai. Walaupun begitu, kamu tak pernah pentingkan diri sendiri dan agak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang baru bagi kamu. Mood memainkan peranan penting mempengaruhi kehidupan kamu seharian. Jika kamu rasa gembira, sudah tentunya hari itu menjadi hari yang paling ceria bagi diri kamu dan begitu juga sebaliknya. Dalam menjalinkan percintaan, kamu lebih cenderung untuk memilih mereka yang punyai kedudukan dan agak stabil kewangan mereka.

Warna buah limau (Lime)

Sifat kamu yang tenang saja sepanjang masa amat dikagumi ramai. Tapi jangan tak tahu, kamu juga mudah rasa tertekan bila dilanda masalah. Selain itu, kamu boleh dikatakan agak cerewet juga kerana perkara-perkara kecil pun kamu amat prihatin! Pun begitu, kamu punya personaliti tersendiri yang membuatkan orang ramai menyukai diri kamu. Amboi! Kamu ini rupanya seorang kekasih yang kuat cemburu yek?

Perak

Ternyata kamu ini seorang yang berimaginasi tinggi dan tak hairanlah kamu turut berbakat dalam bidang yang berkaitan dengan seni.Walau bagaimanapun kamu sebenarnya punya sifat pemalu yang agak menebal juga! Namun sikap kamu yang suka mencuba sesuatu yang baru mampu menstabilkan keadaan…bukan apa, kamu suka mencabar diri kamu sendiri untuk melihat sejauhmana kebolehan diri. Dari segi perhubungan cinta, kamu lebih suka bersikap 'hard to get' untuk menduga keikhlasan hati si dia. Namun hubungan cinta kamu seringkali dilanda kekeliruan dan tak begitu stabil. Tapi usah bimbang, kamu akan menemui cinta sejati juga suatu hari nanti.

Hitam

Kamu gemar kehidupan yang mencabar dan punya keberanian untuk melakukan apa saja. Sebab itulah, usah ada sesiapa yang cuba mencabar kamu kerana kamu ni kan pantang dicabar. Tapi kamu tak begitu gemarkan perubahan mendadak dalam hidup kamu. Namun sekali kamu membuat keputusan, ia sukar untuk diubah oleh orang lain. Kisah cinta kamu juga begitu mencabar dan perlukan banyak kesabaran jika inginkan perhubungan itu berkekalan. Belajarlah untuk bertolak ansur sikit!

Warna buah Zaiton (Olive)

Bagi kamu yang mewakili warna ini dikatakan seorang yang baik hati dan suka menolong orang lain. Sebab itu juga kamu tak sukakan keganasan.
Kamu juga bijak menyesuaikan diri dengan teman-teman hingga membuatkan kamu menjadi 'favourite' di kalangan mereka. Sememangnya kamu seorang yang baik hati dan sentiasa ceria. Namun ingat, jangan terlalu percayakan orang lain membabi buta. Dalam soal cinta, kamu cukup menenangkan hati si dia dan tak suka cari pasal!

Perang

Kamu seorang yang cukup aktif dan tak suka duduk diam saja. Pelbagai aktiviti yang dilakukan bagi memenuhi masa lapang. Sebagai seorang teman, kamu sentiasa menyokong tindakan positif teman-teman yang lain. Pun begitu, kamu sukar untuk didekati dan agak sombong jika tak boleh sesuaikan diri dengan seseorang. Dalam soal cinta, kamu mudah jatuh cinta. Tapi bila kamu sedar cinta kamu itu tidak berbalas, kamu cepat putus asa dan mengalah dengan mudah. Macam tu pulak? Seharusnya kamu perlu kikis sikap itu dan cuba berusaha untuk mengambil hati si dia.
Mungkin 'rezeki' kamu untuk memilikinya nanti?

Kelabu

Kebanyakan mereka yang diwakili oleh warna Kelabu ini sangat menarik orangnya dan aktif. Kamu juga ingin diri kamu dikenali orang ramai dan menjadi kepantangan kamu pula sekiranya tidak dilayan dengan adil oleh sesiapa saja! Kamu juga seorang yang tidak gemar menyimpan apa juga perasaan di dalam hati dan lebih suka meluahkannya. Sesekali kamu boleh bersikap pentingkan diri sendiri. Namun kamu amat pandai menawan hati orang lain apatah lagi dengan sikap humor yang kamu miliki itu.

Biru

Ternyata kamu seorang yang punya keyakinan diri yang rendah dan terlalu pemilih sangat. Tak bolehlah macam tu. Itu adalah sikap negatif yang harus kamu ubah kerana mendatangkan kerugian pada diri kamu sendiri. Selain itu, kamu juga cederung ke arah kesenian dan sememangnya kamu berbakat dalam bidang itu hingga mampu menjadikan kerjaya berkaitan dengan seni sebagai kerjaya tetap. Soal cinta pula, kamu mudah sangat jatuh cinta tapi seringkali juga putus cinta. Mana taknya, orang lain bercinta kamu pun hendak bercinta. Tapi kamu bukan benar-benarmenyintai si dia setulus hati. Silap sendiri lah kan? Kalau kamu mahukan hubungan itu berpanjangan, kamu harus bersikap lebih serius dan ikhlas.

Biru Laut

Kamu mencintai diri dan kehidupan kamu sendiri melebihi segala-galanya.Bagi kamu, jika kamu tak sayangkan diri sendiri kamu siapa lagi? Kamu juga seorang yang berpersonaliti menarik hingga sering menjadi perhatian ramai. Selain itu, kamu juga berpandangan jauh untuk masa depan. Tapi berhati hati dengan sikap pemarah kamu tu. Sekali kamu marah pada seseorang, sukar kamu nak melupakannya. Jadi, belajarlah memaafkan orang lain. Sebab itu juga kamu sering bertengkar dengan si dia. Mana taknya, kamu ego sangat nak maafkan orang lain sedangkan kamu sendiripun ada melakukan kesilapan!

Putih

Kamu punya matlamat yang jelas dalam hidup dan berusaha keras untuk mendapatkannya. Orang lain juga sering memberikan penghargaan tinggi terhadap kamu memandangkan kamu agak berkebolehan dalam pelajaran/kerjaya. Walau bagaimanapun, kamu ini kuat cemburu orangnya dan kadangkala sukar nak bekerjasama dengan orang lain. Perhubungan cinta kamu juga sering tegang dek kerana sikap cemburu kamu terhadap si dia. Cemburu itu memang tanda sayang tapi kalau dah melampau tu, cemburu buta namanya!

Biru Kehijauan (Aqua) 


Mak oi! Angin satu badan kamu ini rupanya. Senang sangat mood kamu berubah secara tiba-tiba hingga kadangkala buat orang lain bosan. Mungkin sebab itu juga membuatkan kamu kadangkala lebih suka menyendiri melayan perasaan tapi kamu suka melancong untuk meluaskan pengalaman. Kamu juga seorang yang jujur dan mudah percaya kepada orang lain.Dari segi percintaan, kamu sukar menemui cinta sejati dan sikap terlalu mudah percaya pada orang lain membuatkan kamu sering tertipu serta gagal dalam bercinta...! Oleh itu, percaya boleh, tapi jangan membuta tuli, kelak memakan diri!



dipetik dr laman web : http://www.freewebs.com/chello_2005/Rahsia%20Personaliti%20Warna%20Melalui%20Tarikh%20Lahir.htm



lots of love
maya dhira

melepak lepak bersame cozin...

salam semua...hari tu (tarikh sengaja dirahsiakn) heheh maya ade pulang sebentar ke kelantan...kampungku yg terchenta...sempat la jugak melepak lepaks bersame cozin-cozinku yg yg same gediks dgnku (hahha sian die org kne cop gediks gak)....

pada mlm kejadian tu...(haa nk tau kenape dipanggil mlm kejadian??) jeng jeng....die org ajak la maya g lepak minum...mkn roti bakar...mmg maya agak malas sebenarnye tp yela dah lame xlepak same kn jd dgn ala-ala kemalasan tu maya pun bersiap...(die org bersungguh-sungguh ajak maya coz maya je leh drive) hehhe....

dgn gumbiranye kami pun masuk kereta utk keluar merayap...mase tu dlm fikiran dah terbayang wahh!! kalau dpt prosperity burger sedap nie!!! yummy! siap plan lagi..okey lepas kte g mkn roti bakar kte g mcd ye?? semua setuju jd dgn lafaz bismilah nye maya pun start kn enjin kereta pakcik maya..tibe2 maya kate..alamak!! dah la hujan lebat dan malam nie...nape sit drive nie xleh naik kn? (setahu maya vios sit die leh naikkn...tp pakcik maya nie vios edisi lain nye..mybe xsame la kn..maya agak rendah orgnye jd maya amat memerlukan sit yg lebih tinggi sikit)....cozin maya tnye "ko leh ke x drive nie?" xpe2...maya kate...leh je..sje je..kalo leh tinggi kn lagi syok...(tp dlm hati..habislah aku...huhu mase tu sempat lg nk berlagak pro) ahhahah...


mase maya undo keta ke belakang tu..maya ade ckp kt die org semua yg "ehh korang tolong la tgk2 kn kt belakang tu..aku xnampak sgt" bila lepas je maya ckp tibe2!!  "bukkk" erkkk...alamak! ape dah jd tu..cpt2 maya tekan brek stop..ehh ape dah jd tu...?? bila cozin maya kuar dr keta die kate..alamak! ko dah terlanggar pili bomba la! haa??? maya dah pucat...cmne nie...dah la keta pakcik aku...leh lak first time bwk die nye keta dah tinggal kn kiss...ish2...hilang mood kejap...lepas bernafas slow2 cozin maya kate xpela nk wt cmne nnti kte selesaikn....jd lega la kejap..die org semua kate okey xpela kte g je lepak dlu...jd dgn perasaan yg takut2 lg maya pun drive la g ke tempat yg hendak dituju...

dah smpai kami pun oder la roti bakar...maya sebenarnye xpernah tgk roti bakar cmnie...mungkin korang dah pernah tgk...sje je nk kongsi ngan korang..


tadaaa.....inilah die roti bakar yg maya ckp tu....maya xpernah tgk roti bakar yg dipotong kecik cmnie


mula-mula kita cicah roti tu dlm kaya hijau yg sungguh manis..yummy


kemudian kita makan!! sedap..rugi korang x test rase

tgk tu........cozin maya pun jelez tgk maya mkn..hehhe

okey-okey kte mkn ye..jgn main-main hehhe (kene marah coz asyik main2 je)


maya senyum pakse ke tu erk? sebenarnye dlm ati dok riso psl maya dah kiss keta ayah die..hahahha

makan ramai-ramai la syokk!!
dahagenyeee!! kaya tu manis sgtt!


alamak air dah habislah! 

agak-agak kalau jd model tok promote roti bakar dan kaya lepas x? hehhe

lepas kte org selesai makan...kte org bergeraklah ke mcd pulak...tp perut dah knyang sgt nie..cmne....tapau jela nampaknye...lagipun xtahan nk lepak mcd coz dah la hujan pastu sejuk lak kt mcd tu...kalo mkn kt rumah leh lepak2 kn??...

smpai je kt rumah..kte org masuk diam2..takut pakcik maya terjage...dlm hati kate alamak cmne aku nk xplen kt pakcik nie..huhu takut!...cozin maya kate "xpela maya kte ckp ngan die esk jela..kang kalo bgtau malam nie xleh tdo lak ayah die" hehhe...lega la kejap..dpt la tdo dgn keadaaan lena x lena..risooo takut kne marah..hehhhe

esknye bila maya bgn je..dgr suara pakcik maya dok bising2..maya kate alamak! die dah tau ke??? fuhh rupe-rupenye die dok bising2 kt pekerja die tok kemaskn barang..fuhh lega jap...bila dah nampak die rileks je maya pun ckp la..."ayahmat...semalam maya ade terlanggar kt blakang tu..xnampak....(maya wt muke sedih sikit)..." die pun kate "xpela hari tu wiey or bie (maya xingt die sebut yg mane coz cozin maya kembar) pun ade gak wt gesel...jd xde apela..bila die ckp je cmtu.................perghhhhhhhhh lega yg teramat maya! mcm beban kt atas kepale maya nie tup! hilang terus...hahhaha

moral dlm cite nie: jgn suke2 drive keta org kalau x konpiden....hahahaa



lots of love
maya dhira

suasana budak-budak kt sekolah

salam semua...

semalam mase maya nk blk lunch umi maya ambk..die kate kne cpt..nk g ambk alif dr sekolah coz takut die merayap kemane-mane (alif nie agak nakal org nye)..jadi bila smpai je SK Putrajaya Presint 8(1) cpt2 maya turun nk cari die...suasana kt situ bkn main bising lg..almaklumlah bdk2 baru kuar semua berebut-rebut nk blk...mmg seronok maya rase mase tu..yela dah lame kot xjejak kaki kt sekolah..rindu ngan suasana tu...

mase nk masuk sekolah tu nk ambk alif


inila sekolah alif

comel je die org..siap ade name tag dkt bj...sure darjah satu tu kn??


rajinnye adik die ambk kakak die blk dari sekolah



mase nie maya ade terdgr ade bdk tu kate kt kawan die "mak kte kate kte xboleh ckp ngan org lain" hehhe cute je


best bdk2 skung..beg pun dah leh tarik je...

maaflah ye kualiti gambo agak tidak memuaskan..almaklumlah maya pakai kamera hp je...tp maya sukela tgk suasana kt sekolah tu coz parent xkira ayah ke ibu dtg ambk anak die org sendiri...ade yg berlari-lari dan ade yg muke gembira je....(seronok jd die org xde masalah sgt) heheh...

owh ye..dlu umi maya pernah jage bdk2..alif antara bdk yg umi jage...dr baby lg..lepas die dah nk masuk tadika umi kate die nk stop..jd alif duduk kt tempat lain..tp bila cuti sekolah ke raya ke sure alif nk dtg rumah kte org..dan sekarang alif tinggal di rumah maya lepas waktu sekolah atas permintaan alif sendiri...(yg xsyok nye kalau die ade sure berebut kte org nk tgk tv..alif asyik nk tgk cartoon or main game je)



lots of love
maya dhira

Monday, January 10, 2011

Syhhh....nk tau peribadi diri kita melalui tarikh lahir??

salam semua...hari nie maya nk berkongsi dgn korang semua mengenai "peribadi diri kita melalui tarikh lahir" sape nk tau?? angkat tgn..hehhe..

jd kali nie maya nk kongsi bende nie ngan korang ye.. ape yg kita baca nnti mungkin betul itu antara sikap peribadi kita..dan mungkin xbetul..tp utk sekadar nk tau dan suke-suke xsalah kn?? jd sila la baca jgn segan2...xkene charge pun (^_^)

1hb. - Kamu seorang yang tidak tetap pendirian terutamanya dalam soal cinta. Kadangkala pilihan yang kamu buat itu bukanlah yang terbaik. Sebab itu cinta kamu mudah beralih arah bila terasa tidak wujud keserasian.

2hb. - Berbeza dengan mereka yang dilahirkan pada 1hb, kamu yang dilahirkan pada tanggal 2hb cukup tegas orangnya dan keputusan kamu sukar digugat termasuklah soal cinta. Sekali kamu mengatakan tidak, tiada siapa yang mampu mengubahnya.

3hb. - Kamu seorang yang cukup bersemangat dalam menjalani kehidupan. Kamu memerlukan cinta dalam hidup namun sikap kamu yang seolah tak endah dan sukar untuk meluahkan apa yang kamu rasa membuatkan kamu segan untuk didekati.

4hb. - Dikatakan kamu yang dilahirkan pada 4hb ini terlalu suka mengikut perasaan dan kata hati. Sebab itulah tidak hairan bila kamu sering tersilap membuat keputusan yang kadangkala kamu sendiri kesali. Selalu saja cinta kamu hinggap pada tempat yang salah.

5hb.- Awas! Kawal perasaan cemburu yang kamu miliki itu kerana ia boleh memburukkan diri kamu sendiri. Namun kebaikan kamu, bersifat pelindung kepada orang-orang yang kamu sayangi.

6hb.- Kamu disukai ramai kerana personaliti kamu yang cukup menarik hati. Tidak hairanlah bila ramai yang cuba menawan hati kamu. Walau bagaimanapun, bagi kamu banyak lagi perkara penting selain cinta.

7hb. - Kamu seorang yang 'happy go lucky' dan gemar berseronak. Namun sikap kamu yang agak berhati-hati dalam memilih teman membataskan pergaulan kamu. Begitu juga soal percintaan. Kamu ni pemilih sangat!

8hb. - Kamu seorang yang romantis. Wah! beruntungnya siapa yang menjadi pasangan kamu nanti. Namun kamu mementingkan cinta sejati bukannya nafsu semata-mata saja!

9hb. Nampaknya kamu ni seorang yang amat menjaga personaliti dan keterampilan diri di mata orang ramai. "Maintain vogue" manjang! Dalam soal cinta, sudah tentu kamu ingin yang 'setaraf' juga.

10hb. - Kamu yang dilahirkan pada tarikh ini seorang yang sangat mementingkan keluarga daripada segala-galanya di dunia ini. Kamu gembira dalam keriuhan keluarga yang besar. Namun sikap ini kadangkala membuatkan buah hati terasa diri terpinggir!

11hb.- Nampaknya kamu ni seorang yang amat berdisiplin dalam mengatur kehidupan kamu seharian. Sebab itulah kamu juga mengharap si dia juga bersikap demikian. Namun, tidakkah kamu terfikir, kadangkala hidup ini terasa boring bila terlalu mengikut peraturan?????

12hb.- Kamu seorang yang setia dalam perhubungan. Sekali kamu memberikan komitmen, selamanya kamu akan setia. Namun jangan tak tahu, ramai yang masih menaruh minat padamu walaupun tahu kamu sudahpun berpunya!!

13hb.- Kamu seorang yang sering berfikir ke arah yang positif sahaja. Sebab itulah kamu disukai ramai. Namun dalam masa yang sama, kamu sering tunduk dan tidak tahan dengan tekanan! Dari segi hubungan cinta, kamu amat pandai menjaga perhubungan.

14hb.- Hebat! Bagi kamu, karier/pelajaran adalah segalanya dalam hidup. Sebab itulah kamu tidak menerima mana-mana huluran cinta daripada sesiapa. Cinta dan perkahwinan adalah perkara terakhir dalam senarai hidup kamu!!

15hb.- Kamu yang dilahirkan pada tarikh ini suka mengubah keputusan kamu secara tiba-tiba. Namun apabila kamu membuat keputusan, kamu akan terus bertindak. Punca pergaduhan antara kamu dan si dia, sikap kamu ini yang suka membuat tindakan 'last minutes'.

16hb.- Kamu ini seorang yang moody rupanya....Sekejap mood kamu okey dan sekejap pula kamu marah-marah. Ini membuatkan tekanan dan si dia boring dengan sikap kamu itu. Cuba kawal sikit.

17hb.- Kamu lebih suka mejaga hati orang lain berbanding hati kamu sendiri. Namun sikap penting yang kamu tonjolkan membuatkan orang tidak tahu perasaan sebenar kamu.

18hb.- Kamu ni sangat perahsia orangnya lebih-lebih lagi soal perasaan dan cinta. Kamu lebih suka memendam perasaan hingga mendatangkan tekanan pada diri kamu. Dalam perhubungan cinta, mereka sukar untuk melafazkan kata sayang.

19hb.- Kamu bersikap berhati-hati dalam setiap apa yang kamu lakukan termasuklah menjalinkan perhubungan cinta. Biasanya kamu lebih suka mulakan dengan persahabatan sebelum menjadi serius.

20hb.- Kamu ini terlalu banyak permintaan. Ada sahaja yang kamu inginkan. Sebab itulah sering timbul pergaduhan dengan si dia bila kamu asyik minta itu dan ini. Kamu sepatutnya tengok dulu kemampuan si dia!!!

21hb.- Sikap kamu yang cool, tenang dan seolah tak kisah membuatkan orang lain 'ambil mudah' terhadap diri kamu. Begitu juga si dia. Lebih baik kamu berterus terang jika ada perbuatan si dia yang kamu tidak suka sebelum terlambat.

22hb.- Kamu yang lahir pada tanggal ini seorang yang amat bercita-cita tinggi dan mempunyai impian hidup sendiri. Dalam soal cinta, kamu akan memilih seseorang yang kamu akan rasa' selamat' bila berada di sampingnya.

23hb.- Sikap kamu yang kelakar dan riang membuatkan orang suka mendampingi kamu. Malangnya kamu sering terasa bosan bila berada di samping teman-teman dan sidia. Jangan begitu, kadangkala kita perlu serius dalam hidup.

24hb.- Kamu seorang yang mementingkan diri sendiri. Dalam perhubungan cinta, kamu terlalu takut dilukai hingga membuatkan kamu bersifat menggongkong si dia.

25hb.- Bila menyentuh soal cinta, kamu sukar mempercayai lelaki/perempuan yang bagi pendapat kamu ramai yang lebih suka mempermainkan kaum sejenis kamu. Kalau tak mencuba, bagaimana nak tau kan?????

26hb.- Kamu harus ubah sikap kamu ini yang dikatakan tidak serius dalam perhubungan yang dijalinkan. Malah kamu lebih mementingkan keseronokan saja!!!!

27hb. Kamu sukar untuk menaruh kepercayaan kepada orang lain walaupun kekasih kamu sendiri. Tak baik wasangka !!!!

28hb.- Kamu suka diri kamu menjadi perhatian ramai di kalangan teman-teman. Namun kadangkala di dalam keghairahan bila menjadi tumpuan, kamu meminggirkan si dia tanpa disedari.

29hb.- Kamu tidak akan menjalinkan sebarang komitmen dengan sesiapa saja selagi kamu tidak puas hati dengan apa yang kamu miliki.

30hb.- Kamu seorang yang keras kepala. Ini juga punca pergaduhan kamu dengan si dia kerana kamu sukar untuk beralah!!!!

31hb. Terlalu banyak yang kamu impikan dalam hidup. Jangan begitu, hargai apa yang kamu miliki sekarang termasuk si dia yang setia!!!!


sekarang korang dah tau ke siapa diri korang??



lots of love
maya dhira

Wednesday, January 5, 2011

perkenalan maya dan en.fb

salam semua...post kali  nie mengenai maya dan yg tersyg..iaitu encik fakarudin bachek a.k.a encik fb (^_^)..

perkenalan bermula bila maya pergi kursus induksi umum di intura (sg.petani) dan encik fb adalah tukang urus kursus maya nie....wt pengetahuan korang encik fb nie mase kursus agak sengal org nye...hahha...mase maya kt sane bosan gile teramat yela kne dgr ceramah je tp ade gak assgment yg kne wt..dan hujung kursus tu ade exam..tp disebabkan kursus tu hampir 2 minggu mane x bosannye...oleh kerana nk konpem keje gak..hadap jela..ahhaha
 
bagi maya sepanjang kursus tu encik fb nie org nye asyik masam je( muke die asyik masam)..dan berlagaks gile....maya nk tegur pun takut....mase die bg ceramah pun gile bosan =P maya siap conteng2 lg bentuk rumah la pokok la atas kertas..nk je maya pi tunjuk kt die ape yg maya dah conteng dan kate "tgk nie en.faka awk nie membosankan..boleh x stop ceramah tu ke..tukar cerita ke...lagii syokk" ahhah..tp disebabkan takut kne repeat jd dgr jerla dgn muke kebosanan dan xrela.....

menyampah..menyampah gak ngan encik fb nie..tp lame2 tgk die selalu terdetik gak dlm hati..cute gak mamat nie hehehhe bila die senyum..aishhhh....mcm mane nie..lagi2 dpt tau die single mingle (alamak! malunye nk ngakuuu!!!) tp cm biase wt muke dunno je...konon jual mahal..ahahha tp kalo ade mase je..nk je jeling die kt atas tu (pentas tempat die bg taklimat or sbgnye)... (^_^)

mase hari akhir kursus tula br maya berani tok berborak ngan die..blk dari kursus pun maya still contct2 ngan die...smpai la kte org menjalinkan hubungan cintan....hope berkekalan hingga akhir hayat amin........

pic pertama berdua ambk gambo ngan encik fb mase kursus...muke die penuh berlagak betul kn??


 

♥ Two Is Better Than One ♥ 

ini adalah pic-pic maya dan encik fb (mase die dtg sempena bday maya) yg diambil oleh along maya en.Shutterdemons (boleh lawat page di fb die :Shutterdemons) dan en.taufiq a.k.a Fiq Flaxx (id di fb die) sempena bday maya yg ke-22..ade byk lg pic tp ini je yg mereka sempat siapkan....

 
p/s: maya yg pakse along maya shoot sebenarnye mase tu..ngade2 kn..hehhehe dan sekarang dok pakse along tok siapkan pic2 maya yg selebihnye..hehhehe

 

nie adelah pic pertama yg kte org shoot...kekok lg sebenarnye tu


oleh kerana en.fb terlalu suke melompat...dan die asyik sebut xde pic lompat ke? jd terpaksela maya melompat bersame die...first time nie maya melompat tok tngkap gambo...

 

mase nie sebenarnye kte org dok gelak je..xabis2...tp maya suke moment nie..dlm pic nie konon nye kte org dok berangan..kalau kte org kawen nnti ape yg kte org nk beli (kalau ye..lambat lg nk kawen) hehhe


romentik time..suke suke!! walaupun kne masuk kt lalang yg xbp best...tp cantek pulak bila dah jd gambo..


ini adalah pic yg terakhir hari tu kte org shoot..mase nk blk tibe2 along n taufik kate ko sanggup x dok atas keta? maya mcm haa?? kalo ko sanggup kte org nk shoot...maya fikir..hurm cube jela lgpun last kn...ape salahnye....mase nk naik tu..perghhh takut gile..kang jatuh tergolek ke ape kang malu pulak dpn dieorng..naya je...nasib baik selamat mase naik dan turun dr keta tu...nice pic!
lots of love
maya dhira

contest lg????????

salam semua...ape kabar? maya br je lepas dr zon kesibukkn diri...sekarang sedang bersenang lenang di ofis..(opss kantoii kn diri..naya nnti kalo bos tau) hehhe....

untuk pengetahuan korang maya dlu pernah masuk contest anjuran siti murni abdul aziz iaitu "pencarian muslimah bertudung paling anggun bersama siti murni" mendapat tempat kedua dan sekarang maya dibwh agensi siti murni ...(rasenye..xpasti la pulak) heheh....22jan nie ade event bwh siti murni yg maya akan hadir dan mybe kne wt simple catwalk (lepas ke?) rasenye cm xlepas je..almaklumlah xde basic langsung bab catwalk2 nie..dah la jln pun cm xbetul je ahahah...harapan maya satuuuuu je mase tu..jgn la terjatuh atas pentas tu..kalo x..maya rase nk sorok bwh pentas tu je..xmo naik dah..hahahha...korang semua doakan ye pd 22jan tu semuanya berjalan lancar..amin....
nie la pic maya mase contest siti murni tue...
okey berbalik cerite psl contest nie....semalam mase maya sedang lepak2 (kt ofis tu boleh lepak2 je) tibe-tibe maya terklik dkt page butik mama..dan ade satu contest sedang berlangsung...wahh!! mcm best je nie..ape lg maya pun gedix la nk join...tawaran butik mama agak menarik kerana siapa yg terpilih bakal menjadi cover fesyen butik mama di mingguan wanita pada 25 feb 2011 nanti.. dan bila dah menjadi cover fesyen mybe berpeluang menjadi model atau duta butik mama disemua promosi sepanjang tahun 2011...menarik kn???


jd maya nk mintak kwn-kwn maya tok vote maya kt page butik mama ye...boleh kn?? caranya begini:

step pertama sila search dkt FB - 
Butik MaMa dan kemudian like page die

kemudian sila like dkt pic maya  - 
calon 15 (sumayyah nadhirah)


jasamu semua akan dikenang...cewahh hahahha..pasti ramai akan mintak belanje mkn kn? maya belanje makan angin je boleh x? tq kepada sesiapa yg dah like pic maya ye (^_^)

lots of love
maya dhira